Breaking News
Home » Teknologi » Smartphone Nexus 6 Dan Tablet Nexus 9

Smartphone Nexus 6 Dan Tablet Nexus 9

Google perkenal Smartphone Nexus 6 Dan Tablet Nexus 9 menggunakan OS Android versi terkini yang dikenali dengan nama Lollipop. Ini sebagai usaha mereka untuk terus bersaing dalam pasaran gajet berasaskan android dan sebagai pesaing kepada Apple. Berapakah harga Nexus 6 dan Nexus 9 ?

Telefon pintar baharu Google ini dikenali Nexus 6, ditampilkan dengan skrin 6-inci, lebih besar daripada paparan 5.5 inci iPhone 6 Plus yang mula dijual bulan September 2014. Harga juga sedikit mahal dari harga produk Nexus sebelum ini. Nexus 6 akan dijual pada harga dari AS$649 (RM2,124) tanpa kontrak. Harga itu adalah AS$300 (RM982) lebih mahal daripada Nexus 5 dengan skrin 5-inci. 

Tablet terbaharu Nexus 9, datang dengan skrin sembilan inci, dua inci lebih besar berbanding versi terdahulu. Tablet Nexus 9 dibangunkan dengan kos lebih tinggi, justeru dijangka dijual pada harga dari AS$399 (RM1,306). Namun harga itu adalah AS$100 (RM327.36) lebih rendah berbanding harga asas iPad Air dengan skrin 10 inci.  

smartphone Nexus 6
Nexus 6

 

Check Also

Jupiter Smartphone vape

Jupiter Smartphone Vape

Jupiter Smartphone Vape. Dunia teknologi semakin kedepan dengan perbagai ciptaan. Smartphone atau telefon pintar antara …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *