Breaking News
Home » Teknologi » Smartphone Murah Acer Liquid Z410

Smartphone Murah Acer Liquid Z410

Smartphone Murah Acer Liquid Z410. Sedang pening mencari telefon pintar mampu milik atau murah untuk kegunaan harian? Bukan sekadar murah tapi canggih sebaris dengan jenama mahal yang lain. Pasti gajet terbaru keluar Acer ini mampu memenuhi citarasa anda.

Acer Liquid Z410 menyokong 4G LTE dimana semua sedia maklum di Malaysia 4G semakin berkembang. Jadi sesuai sangat jika kita dapatkan telefon yang mempunyai 4G apa lagi jika harganya berbaloi dan murah.

acer liquid z410
acer liquid z410

Spesifikasi Acer Liquid Z410
– menyokong frekuensi dual band 900MHz dan 1800Mhz
– skrin 4.5 inci (11.5 sm) selesa dan sesuai untuk citarasa masakini
– prosesor empat teras 64-bit MT6732M kelajuan 1,3GHz
– RAM sebesar 1GB serta mempunyai memori dalaman 8GB dan bateri 2000 mAh
– kamera utama 5MP dan kamera depan 2MP. Fungsi dual-shot juga membolehkan pengguna menangkap gambar menggunakan kedua kamera serentak.

Harga Acer Liquid Z410
Telefon ini sudah pun berada dipasaran Malaysia dengan harga murah dan mampu milik iaitu RM450. Dengan ciri-ciri yang dimiliki rasanya berbaloi untuk anda memiliki smartphone murah tapi canggih ini. Yang penting mempunyai sokongan capaian internet 4G yang laju.

Check Also

sembangchat

Aplikasi SembangChat

Aplikasi SembangChat adalah aplikasi bual pertama yang dibangunkan di Malaysia hasil kerjasama Teknik Padu Sdn Bhd. SembangChat …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *