Breaking News
Home » Berita » SKMM Sekat The Sarawak Report

SKMM Sekat The Sarawak Report

SKMM Sekat The Sarawak Report. Hari ini SKMM atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyekat laman web The Sarawak Report () dengan alasan ia boleh menggugat kestabilan negara. Tindakan SKMM ini bersandarkan atas faktor portal berita terbabit didapati sering memaparkan berita yang tidak dapat dipastikan kesahihannya.

notis sekatan SKMM
notis sekatan SKMM

Menurut SKMM, sekatan ini adalah sementara waktu sehingga selesai siasatan keatas 1MDB dilakukan. Sekatan ke atas laman Sarawak Report adalah mengikut peruntukan sedia ada dalam Seksyen 211 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dalam menyebarkan maklumat terutama dilaman media sosial dengan memastikan kesahihan sumber agar tidak menimbulkan kekeliruan dikalangan pengguna lain dan orang ramai. Sebarang maklumat mengenai mana-mana laman sesawang yang dipercayai menyebarkan kandungan yang boleh menjejaskan kestabilan negara, ketenteraman awam dan kestabilan ekonomi boleh dimajukan kepada pihak SKMM di aduanskmm@cmc.gov.my.

sumber BH Online

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *