Menu Tutup

Skim Kawalan Harga Musim Perayaan | Jenis Barang Yang Di Kawal

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengeluarkan senarai jenis-jenis barangan keperluan yang terlibat dalam Skim Kawalan Harga Musim Perayaan.Barang-barang yang disenaraikan merupakan barang keperluan yang menjadi keutamaan dan mendapat permintaan yang tinggi sempena musim perayaan aidilfitri ini.

Antara yang tersenarai adalah daging lembu tempatan, daging lembu import, telur gred A, B dan C, ayam hidup, ayam standard, ayam super, daging kerbau tempatan, daging kerbau import, kobis bulat import, cili merah, tomato, kelapa parut, kacang tanah import, ikan kembung,kentang serta bawang yang melibatkan bawang putih,kecil dan besar.

Dengan adanya Skim Kawalan Harga Musim Perayaan ini dapat mengelakkan harga barang-barang keperluan utama melonjak akibat permintaan yang tinggi dan mungkin akan ada yang mengambil kesempatan menaikkan harga sesuka hati.tempoh kawalan harga barang itu akan dikuatkuasakan selama dua minggu iaitu bermula dari 22 Ogos hingga 5 September 2011.

6 Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *