Breaking News
Home » Info Hiburan » Siti Nurhaliza Bercerai Cerita Palsu

Siti Nurhaliza Bercerai Cerita Palsu

Siti Nurhaliza Bercerai Cerita Palsu. Beginilah bila sudah jadi selebriti terkenal. Memang tidak lepas dari cerita panas dan gossip liar yang memang tidak mengenal mangsa. Terbaru tersebar cerita penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza bercerai dengan suaminya Datuk Khalid Mohamad Jiwa. Namun kedua pasangan itu tampil menafikan berita itu dengan menyiarkan gambar mereka berdua di instagram sambil menyatakan sesuatu buat blogger tak sekolah merujuk kepada orang yang menyebarkan berita itu.

Gambar yang dimuat naik di instagram itu menunjukkan Siti dan Datuk K berpegangan tangan sambil ketawa gembira. Melalui kapsyen itu juga, Siti mengajak semua orang menginsafi diri sempena datangnya bulan Ramadan. Aksi gaya tangan yang dibuat oleh Datuk K seakan ditujukan kepada blogger yang menyebarkan berita perceraian mereka.

Siti Nurhaliza turut melahirkan rasa kesal dengan berita yang disebarkan itu dengan berdoa supaya penyebar fitnah itu diberi hukuman sebaik-baiknya oleh Allah.

Ya ALLAH, hanya dikau yang Maha Besar lagi Maha Berkuasa. Dikau berilah hukuman sebaik-baiknya buat pemfitnah yang menyebarkan fitnah ini. Semoga mereka kembali ke jalan yang benar. Amin Ya Rabb… – Siti Nurhaliza

Semoga kedua pasangan ini terus bahagia dan kekal sehingga akhir hayat. Hentikan penyebaran cerita palsu yang tidak tentu sahihnya.

Instagram Siti Nurhaliza
Instagram Siti Nurhaliza

Check Also

Shaheizy Sam Dan Syatilla Melvin

Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin Nikah 8 Februari 2016

Majlis pernikahan yang akan menjadi tumpuan dengan tajaan jutaan ringgit. Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin Nikah …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *