Breaking News
Home » Info Hiburan » Sinopsis Werewolf Dari Bangladesh

Sinopsis Werewolf Dari Bangladesh

Sinopsis Werewolf Dari Bangladesh. Filem bercorak komedi seram ini bakal ditayangkan pada 5 Mac 2015. Filem ini merupakan filem arahan pengarah  Mamat Khalid yang akan membariskan pelakon handalan seperti Shy8( Usop Wilcha ), Zizan Razak, Saiful Apek dan Emma Maembong.

Sinopsis filem Werewolf Dari Bangladesh

Kisahnya bermula 20 tahun lalu apabila Mirdu, lakonan Saiful Apek iaitu seorang warga Bangladesh diserang seekor serigala mengakibatkan berlaku perubahan fizikal ke atas dirinya menjadi haiwan berkenaan. Tidak hanya pada fizikal, tingkah laku Mirdu juga menjadi ganas dan kejam hingga ramai penduduk kampung menjadi korban kerakusannya. Penduduk kampung yang sudah tidak boleh bersabar akhirnya mengambil keputusan membakar rumah Mirdu. Mirdu yang marah dengan kejadian itu bertindak menggigit dua anak kembar Kumba dan Kumbi, sekali gus menyebarkan jangkitan wabak itu sebelum dia ditembak mati.

Di Malaysia, Usop Wilcha yang baru berpindah ke kawasan baru bersama Wahab B bertemu dengan Jaynab Ramunggei dan tinggal berjiran serta menjalankan perniagaan bersama-sama di sebuah medan selera. Kumbi yang kini sudah dewasa juga berada di Malaysia untuk mendapatkan bantuan Jaynab bagi mengembangkan pembiakan baka werewolf, sekali gus melenyapkan spesies manusia di muka bumi.

Bagaimanapun, semua agenda jahat ini sudah lama diketahui Pilun iaitu seorang pekerja asing tanpa izin warga Bangladesh yang bekerja di gerai Usop. Pilun berkali-kali mencuba untuk memaklumkan kepada Usop mengenai perkara itu tetapi usahanya sering terhalang.

Werewolf dari bangladesh
Werewolf dari bangladesh

Bagaimanakah kesudahan filem ini, jangan lupa saksikannya di pawagam bermula 5 Mac 2015.

TRAILER WEREWOLF DARI BANGLADESH

Check Also

Miss Kapten Cikgu Waiz

Senarai Pelakon Drama Miss Kapten Cikgu Waiz

Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Miss Kapten Cikgu Waiz. Pastikan anda tidak ketinggalkan menonton drama …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *