Breaking News
Home » Info Hiburan » Sinopsis Tundukkan Playboy Itu

Sinopsis Tundukkan Playboy Itu

Sinopsis Tundukkan Playboy Itu. Sebuah lagi drama menarik akan menemui anda menerusi Slot Akasia TV3. Drama ini merupakan kisah yang diadaptasi dari sebuah novel. Tundukkan Playboy Itu bakal meletakan Hafidz Roshdi dan Uqasha Senrose selaku pelakon utama dengan dibantu oleh Alif Satar, Mawar Rashid, Ridzuan Hashim, Marisa Yasmin, Maria Farida serta ramai lagi.

Sinopsis Tundukkan Playboy Itu
Tundukkan Playboy Itu

SINOPSIS DRAMA TUNDUKKAN PLAYBOY ITU
Drama ini mengisahkan tentang seorang jejaka bernama Harraz Naufal yang mempunyai prinsip jika ada wanita yang ingin mendampinginya, wanita itu perlulah cantik dan seksi. Gadis berhijap iaitu Nurin Areesa datang ke syarikat milik Harraz Naufal untuk temuduga jawatan arkitek. Harraz meletakkan satu syarat Nurin Areesa perlu membuka tudung untuk jawatan tersebut.

Nurin yang tidak mahu mengikut kehendak Harraz naufal berdoa agar suatu hari nanti Harraz yang berlagak itu akan bercinta dan berkahwin dengan seorang wanita bertudung. Doa Nurin Areesa dimakbulkan. Harraz mula gila bayang pada seorang model wanita misteri yang bertudung. Tanpa mengetahui model tersebut sebenarnya adalah Nurin.

Apakah kesudahan kisah Harraz dan Nurin. Tundukkah playboy itu ditangan Nurin. Saksikan setiap isnin hingga khamis jam 7.00 malam hanya di Slot Akasia TV3

Check Also

Drama Dia Bidadariku

Sinopsis Dan Senarai Pelakon Drama Dia Bidadariku

Sinopsis Dan Senarai Pelakon Drama Dia Bidadariku. Tonton lakonan Erra Fazira, Hisyam Hamid, Norman Hakim, …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *