Breaking News
Home » Info Hiburan » Sinopsis Tersuka Tanpa Sengaja

Sinopsis Tersuka Tanpa Sengaja

Sinopsis Tersuka Tanpa Sengaja. Kepada peminat drama melayu pastikan anda tidak ketinggalan menonton Tersuka Tanpa Sengaja di Astro Ria dan Astro Ria HD setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Membariskan pelakon hebat seperti Amar Baharin, Emma Maembong, Hafreez Adam dan Amyra Rosli.

Tersuka Tanpa Sengaja Astro Ria
Tersuka Tanpa Sengaja Astro Ria

Drama ini merupakan adaptasi dari novel yang menggunakan tajuk sama bakal menyajikan cerita genre romantik komedi.

SINOPSIS
Drama ini mengisahkan tentang Farhah lakonan Emma Maembong yang telah membuat keputusan meninggalkan segala kekayaan akibat berselisih faham dengan ayahnya. Farhah merasakan seperti dirinya tersisih jika dibandingkan dengan adik tirinya bernama Katrina lakonan Amyra Rosli.

Farhah bertemu dengan dengan Doktor Syed Arif lakonan Amar Baharin dan telah mencetuskan konflik antara mereka akibat perbezaan pendapat. Namun konflik tersebut membuatkan Syed Arif mula terpikat dengan Farhah dan bertindak melamarnya.

Siapakah sebenarnya Syed Arif dan apakah hubungannya keluarga Farhah terutama dengan Katrina. Mengapa Katrina ingin menganggu rumahtangga Farhah dan Syed Arif setelah mereka berkahwin?

Teruskan menonton drama Tersuka Tanpa Sengaja untuk mengetahui kesudahan kisah menarik ini hanya di Astro RIA dan RIA HD.

Check Also

Drama Dia Bidadariku

Sinopsis Dan Senarai Pelakon Drama Dia Bidadariku

Sinopsis Dan Senarai Pelakon Drama Dia Bidadariku. Tonton lakonan Erra Fazira, Hisyam Hamid, Norman Hakim, …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *