Breaking News
Home » Info Hiburan » Sinopsis Teman Lelaki Upahan

Sinopsis Teman Lelaki Upahan

Sinopsis Teman Lelaki Upahan. Pasti ramai yang tertanya-tanya drama apakah yang akan menyusul dalam slot Akasia TV3 setelah berakhirnya Drama Istikharah Cinta. Bagi pengikut setia slot yang bersiaran setiap isnin hingga khamis jam 7.00 malam pastikan anda tidak terlepas peluang menonton Teman Lelaki Upahan.

Drama terbaru slot akasia ini adalah drama yang diadaptasi dari sebuah novel nukilan Azura Rasiddin dan bakal diarahkan oleh pengarah Azma Aizal Yusoof . Siapa barisan pelakon Teman Lelaki Upahan ? hero dan heroin bakal mengandingkan Elizad Sharifuddin dan Ungku Ismail Aziz.

Sementara menanti siaran Teman Lelaki Upahan ini bersiaran apa kata kita lihat dulu sinopsisnya. Bagaimanakah jalan cerita yang bakal dihidangkan buat penonton setia slot akasia tv3.

Sinopsis Teman Lelaki Upahan 

Kisah bermula dengan  satu insiden kecil, EL terjebak dengan syarat gila Kyra Lydia. Bagi Lydia, EL lelaki yang sederhana, tapi bagi EL Kyra Lydia adalah gadis yang sombong, berhati batu dan penuh dendam. Tanpa pengetahuan keluarga EL, EL dan Lydia bersetuju yang mereka disatukan. Dalam tidak sedar,cinta berbunga mekar antara mereka. EL berjaya mengubah perangai buruk Lydia. Pada saat EL ingin meluahkan rasa hati,ujian datang dan menjadikan dia seorang pendendam. Kyra Lydia berdendam pada ayahnya kerana  baginya ayahnya punca ibu meninggalkannya. Ezwan pula kecewa bila kekasih hatinya Zara berkahwin dengan abang longnya sendiri.

Hubungan Lydia dan keluarga tirinya semakin baik, namun sebaliknya bagi EL. Kemalangan yang menimpa ayah dan abang longnya membuatkan dia berjanji menjaga Zara yang mengandung. Lydia tahu, dia terpaksa melupakan EL kerana Zara cinta pertama pada EL. Apabila rahsia tentang ibu kandungnya curang dan penyakit ayahnya diketahui, Lydia mengambil keputusan memutuskan perkahwinannya dengan EL. Perkahwinan dibatalkan. Masihkah ada ruang dalam hati EL untuk Lydia?

Sinopsis Drama Teman Lelaki Upahan
Drama Teman Lelaki Upahan bakal mengisi slot Akasia tv3 bermula 9 Februari 2015 setiap isnin hingga khamis jam 7.00 malam – gambar sumber google

 

Check Also

Sinopsis drama dia

Sinopsis Drama Dia Di TV3 Lakonan Janna Nick dan Irwansyah

Sinopsis Drama Dia Di TV3 Lakonan Janna Nick dan Irwansyah. Peminat drama pastikan tidak ketinggalan …

One comment

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *