Breaking News
Home » Uncategorized » Sinopsis Suamiku Encik Sotong

Sinopsis Suamiku Encik Sotong

Sinopsis Suamiku Encik Sotong. Dari tajuk anda sudah dapat bayangkan apakah apakah yang dimaksudkan dengan sotong. Secara jelas dapat mengambarkan sifat lembut seorang lelaki yang bergelar suami. Drama yang mula bersiaran sejak 27 Oktober 2014 melalui saluran Astro Ria dan Astro Maya HD adalah drama yang diadaptasi dari novel karya Shikin Zainal. 
Drama ini berkisar tentang hubungan suami isteri yang berlainan sikap iaitu lembut dan aktif atau brutal. Sifat yang berlawanan dari jantina memasing. Apakah kesudahan cerita ini , saksikan sendiri melalui siaran di Astro. Bagi yang telah memiliki novel ini pasti ingin menonton jalan cerita melalui lakonan pula. 
SINOPSIS SUAMIKU ENCIK SOTONG
Suamiku Encik Sotong mengisahkan pasangan suami isteri yang berlainan sikap dan gaya. Suami lebih kepada jiwa kelembutan manakala si isteri agak rock sedikit jiwanya. Erica Soffea melonjak kegembiraan. Mana tidaknya, dialah bakal peneraju Khaleeda Holding.

Walaupun hubungannya dengan arwah nenda bukanlah baik sangat pun. Terasa macam hendak buat aksi akrobatik ketika namanya diumumkan. Naik senak kepala Erica bila dia terpaksa dijodohkan dengan sotong peliharaan nendanya, Farish. Dah lah tak macho, pakai baju warna pink. Kalau bercakap tangan bukan main lentik lagi macam orang nak main mak yong.

Farish terpaksa menerima Erica kerana dua sebab. Pertama, sebab wasiat arwah Tengku Khaleeda. Kedua, kerana tidak tahan dengan perangai berlagak Erica. Lagipun bukan lama sangat dia perlu bergelar suami pada diva berlagak itu, tiga tahun sahaja. 

Dalam tempoh perkahwinan mereka jatuh cinta. Tapi cinta itu bukan milik mereka berdua. Milik siapa ya? Peninglah, kalau dah dapat suami sotong. Bukan hanya lembut fizikal tapi lembut juga hatinya. Erica pula terpaksa terus bersama dengan Encik Sotongnya kerana cinta. Encik sotong bukan lelaki biasa, tetapi lelaki yang sanggup berkorban segala-galanya demi tidak mahu melihat Erica merana. Walaupun jiwa lelakinya menderita, tapi sampai bila?
 
PELAKON SUAMIKU ENCIK SOTONG
Antara barisan pelakon yang membarisi drama adaptasi novel ini adalah Sharnaaz Ahmad, Amyra Rosli, Amar Baharin
 
Sinopsis Suamiku Encik Sotong

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *