Breaking News
Home » Info Hiburan » Sinopsis Suamiku Encik Perfect 10

Sinopsis Suamiku Encik Perfect 10

Sinopsis Suamiku Encik Perfect 10. Satu lagu filem genre drama romantik dan komedi bakal menemui peminat filem di Malaysia. Filem yang diadaptasi dari novel ini bakal berada di pawagam pada 12 januari 2015. Bakal Aaron Aziz dan Lisa Surihani sebagai pelakon utama, filem arahan Feroz Kader ini pasti menjanji sesuatu yang menarik untuk ditonton.

filem suamiku encik perfect 10
filem suamiku encik perfect 10 lakonan Aaron Aziz dan Lisa Surihani

Sinopsis Suamiku Encik Perfect 10 mengisahkan Pertemuan yang tidak terduga sewaktu penerbangan dari Heathrow, London ke KLIA, Sepang menciptakan sebuah lakonan suami isteri di antara Aleeya Azmeen dan Zarief Danial. Lakonan selama seminggu demi menyelamatkan Aleeya Azmeen untuk berdepan dengan ibunya, Puan Yazmeen telah memutikkan perasaan lain pula di antara mereka. Perasaan yang sukar diluahkan dengan kata-kata dan kadang kala membuatkan masing-masing keliru.Saat itu, Syed Muzaffar, bekas kekasihnya, cuba menagih semula cinta Aleeya Azmeen. Konflik bertambah hebat apabila keluarga Syed Muzaffar cuba merebut anak yang dikandungkan oleh Aleeya Azmeen untuk mendapatkan harta dan kekayaan.

OFFICIAL TRAILER VIDEO – SUAMIKU, ENCIK PERFECT 10

Check Also

Miss Kapten Cikgu Waiz

Senarai Pelakon Drama Miss Kapten Cikgu Waiz

Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Miss Kapten Cikgu Waiz. Pastikan anda tidak ketinggalkan menonton drama …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *