Home » Info Hiburan » Sinopsis Romeo Kota: Kes Fail Kriptik

Sinopsis Romeo Kota: Kes Fail Kriptik

Sinopsis Romeo Kota: Kes Fail Kriptik. Filem pertama arahan pelakon Aaron Aziz Romeo Kota yang akan mula menemui peminat pada 8 Januari 2015. Filem dari genre komedi aksi menjadi pertaruhan Aaron untuk buah tangan pertamanya ini berdasarkan kelebihannya yang dilihat begitu cenderung kepada filem-filem aksi.

Romeo Kota: Kes Fail Kriptik menampilkan barisan pelakon seperti Nabil Ahmad, Hanis Zalikha, Fizo Omar dan juga Aaron Aziz sendiri ini tampil dengan rencah yang cukup sebagaimana yang kehendak semasa kebanyakan penonton hari ini. Gabungan elemen aksi, komedi dan juga cinta di dalam penceritaannya sememangnya memberi kelebihan kepada filem ini.

romeo kota kes fail kriptik
romeo kota kes fail kriptik

SINOPSIS ROMEO KOTA: KES FAIL KRIPTIK

Filem ini bermula dengan kisah Maria, seorang pelajar kolej telah ditemui dalam keadaan koma di tepi jalan. Hasil dari makluman yang dikeluarkan oleh doktor, Maria koma disebabkan menelan dadah. Koperal Romi dan Lans Korporal Fakrul merupakan dua anggota penyiasat yang telah ditugaskan untuk menyelesaikan kes tersebut.  Dalam mendapatkan maklumat dan mengetahui siapa dalang di sebalik kejadian tersebut, mereka berdua telah ditugaskan secara samaran di bawah kod ‘kriptik’. Koperal Romi, menyamar selaku pensyarah dan Lans Koperal Fakrul sebagai pelajar di Kolej Bistari.
Apakah yang berlaku seterusnya? Apakah mereka berdua berjaya menyelesaikan siasatan tersebut atau menarik diri kerana masalah cinta tiga segi tersebut? Dapatkan jawapannya dengan menonton filem ini di pawagam yang berdekatan.
FILEM: Romeo Kota: Kes Fail Kriptik
BAHASA: Melayu
GENRE: Komedi Aksi
TARIKH TAYANGAN: 8 Januari 2015
TERBITAN: Excellent Pictures Sdn Bhd
PENGARAH: Aaron Aziz
PELAKON: Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Hanis Zalikha, Fizo Omar

Check Also

sinopsis Drama Cucu Tauke Beras

Drama Cucu Tauke Beras

Sebuah lagi drama menarik akan disiarkan menerusi slot dahlia TV3. Drama Cucu Tauke Beras ini …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *