Breaking News
Home » Info Hiburan » Sinopsis Puteri Bukan Nama Sebenar

Sinopsis Puteri Bukan Nama Sebenar

Sinopsis Puteri Bukan Nama Sebenar Slot Zehra Tv3. Peminat drama melayu dihidangkan lagi dengan drama menarik bertajuk Puteri Bukan Nama Sebenar oleh Tv3 menerusi slot Zehra yang bersiaran setiap jumaat 9.00 malam. Telah pun mula bersiaran sejak 27 Mac 2015 dengan 13 episod.

Drama bersiri ini membariskan pelakon hebat seperti Cristina Suzanne (Puteri/Laila), Syarul Ridzwan (Mirza), Faralyna Idris (Alisha) dan Hafeez Mikail (Mikail).

sinopsis puteri bukan nama sebenar
Drama puteri bukan nama sebenar setiap jumaat 9 malam Slot Zehra Tv3

SINOPSIS PUTERI BUKAN NAMA SEBENAR
Laila (Cristina Suzanne), seorang ibu tunggal dengan anaknya, Adam yang baru berusia tiga bulan terpaksa meninggalkan rumah kerana terancam dengan sikap bekas suaminya yang kuat berjudi dan sering berhutang. Laila telah berkenalan dengan Puteri (Effi Abdul Rahim) yang seiras dengannya.

Puteri yang sedang sarat mengandung mahu bertemu dengan keluarga suaminya di Kuala Lumpur. Puteri berkahwin dengan Mikail (Hafeez Mikail) secara rahsia kerana keluarga Mikail sudah ada calon pilihan mereka iaitu Alisha (Faralyna Idris), anak hartawan yang bijak tetapi pendengki.

Mikail yang bertugas sebagai wartawan dan juga jurufoto untuk agensi berita telah dihantar ke Gaza semasa usia kandungan Puteri 7 bulan. Sebelum bertolak ke Gaza, Mikail berpesan kepada Puteri agar mencari keluarganya di Kuala Lumpur jika apa-apa berlaku kepadanya. Suatu hari, Puteri telah menerima berita buruk dari agensi berita yang Mikail telah terkorban dalam satu letupan di Gaza. Jadi, Puteri telah bertolak ke Kuala Lumpur untuk mencari keluarga Mikail. Malangnya, bas ekspres yang dinaiki oleh Laila dan Puteri terlibat dalam kemalangan. Puteri dan kandungannya terkorban. Laila telah membuka beg tangan Puteri untuk mencari maklumat keluarga mertua Puteri tetapi cuma ada alamat rumah. Jadi, Laila telah membawa Adam untuk mencari keluarga mertua Puteri di Kuala Lumpur.

Laila telah dianggap sebagai Puteri selepas ibu Mikail, Puan Zarina (Aida Khalida) melihat cincin dan rantai yang dibawa oleh Laila. Laila cuba berterus-terang tetapi dia tidak sampai hati untuk mengecewakan hati Zarina yang kehilangan 3 orang dalam keluarganya apabila melihat kegembiraan Zarina. Laila membuat keputusan untuk terus jadi ‘Puteri’ dan akan mencari masa yang sesuai untuk menceritakan hal yang sebenar nanti. Mirza (Syarul Ridzwan), abang kepada Mikail ialah seorang yang kacak tetapi ego. Mirza menganggap ‘Puteri’ sebagai pisau cukur dan tidak menyukai ‘Puteri’. Malahan, Mirza juga mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan ‘Puteri’ yang berasal dari Johor tetapi bercakap dalam loghat Pahang.

Lama-kelamaan, Mirza dan ‘Puteri’ mula serasi dan menjadi rapat. Sebelum Mirza mengungkap cintanya kepada Puteri, mereka sekeluarga dikejutkan dengan berita bahawa Mikail masih hidup dan akan pulang ke tanah air. ‘Puteri’ menjadi serba salah kerana dia bukan Puteri yang sebenar. Malah, ‘Puteri’ juga telah jatuh cinta dengan Mirza. Apabila rahsia ‘Puteri’ terbongkar, masihkah ada cinta dan kebahagiaan untuk dia?

Apakah kesudahan cerita ini, pastikan anda menonton setiap jumaat dalam slot Zehra Tv3.

Check Also

Miss Kapten Cikgu Waiz

Senarai Pelakon Drama Miss Kapten Cikgu Waiz

Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Miss Kapten Cikgu Waiz. Pastikan anda tidak ketinggalkan menonton drama …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *