Breaking News
Home » Info Hiburan » Sinopsis Oh My English : Villa Isabellaaa

Sinopsis Oh My English : Villa Isabellaaa

Sinopsis Oh My English : Villa Isabellaaa. Telefilem bercorak pendidikan yang bakal menemui penonton pada 27 Disember 2014, 9.00 malam secara eksklusif di Astro TVIQ (saluran 610) dan siaran serentak di Astro Maya HD (saluran 135).

Sinopsis
Kisah bermula Oh My English: Villa Isabellaaa! bermula apabila para pelajar kelas 4 Merah dan Mr Middleton berhasrat untuk melawat See Yew Soon selepas berita pemergiannya ke Singapura dalam episode kemuncak musim ke-3.

Atas semangat setia kawan, Mr Middleton, Jibam, Jojie, Zack, Mazlee, Cikgu Bedah, Aiman dan Sarjan membuat keputusan untuk melawatnya.

Malang menimpa apabila van yang dinaiki pancit dan mereka terkandas dikawasan asing. Mereka kemudiannya mencari bantuan namun gagal.

Sebaliknya mereka menemui Villa Isabella yang dimiliki oleh Puan Tiana. Di sinilah bermula segala kisah seram mereka setelah mereka menerima pelawaan Puan Tiana untuk bermalam dirumahnya.

Apakah yang bakal berlaku kepada mereka? Benarkah Puan Tiana adalah hantu seperti yang dianggap oleh Jojie? Mampukan mereka melarikan diri dari Villa Isabellaaa!?

Check Also

Miss Kapten Cikgu Waiz

Senarai Pelakon Drama Miss Kapten Cikgu Waiz

Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Miss Kapten Cikgu Waiz. Pastikan anda tidak ketinggalkan menonton drama …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *