Home » Info Hiburan » Sinopsis Mr Boss Miss Stalker

Sinopsis Mr Boss Miss Stalker

Sinopsis Mr Boss Miss Stalker. Satu lagi drama menarik adaptasi dari novel akan menemui penonton dan peminat drama melayu menerusi slot Dahlia TV3. Akan mula bersiaran pada 22 April 2016 setiap jam 7 malam jumaat, sabtu dan ahad. Drama ini bakal mengandingkan Ashraf Muslim dan Mia Ahmad selaku pelakon utama.

Mr Boss Miss Stalker
Mr Boss Miss Stalker slot dahlia TV3 setiap Jumaat, sabtu dan Ahad

Sinopsis
Sara Azreen merupakan seorang penyiasat diberikan tugasan untuk menyiasat latar belakang suspek pembunuhan Tan Sri Jalil, bernama Hariz Zhafran. Dia dikehendaki untuk memohon kerja di Mentari Angkasa Sdn Bhd, syarikat milik Hariz Zhafran. Di situlah permulaan pertemuan antara mereka dan membuatkan mereka berdua mula saling tertarik.

Sara Azreen mendapat tugasan baru iaitu dia perlu memikat dan membuat Hariz Zhafran jatuh cinta kepadanya demi memudahkan siasatan. Sara Azreen berasa sungguh serba salah apabila dia terpaksa melibatkan hati dan perasaan dalam siasatannya itu.

Apa yang merumitkan lagi keadaan ialah Hariz Zhafran melamarnya. Perlukah dia beritahu Hariz Zhafran perkara yang sebenar atau terus mengikut arahan Encik Hamzah untuk memerangkap Hariz Zhafran? Apakah kesudahan kisah drama ini, saksikan di slot dahlia tv3.

Senarai Pelakon
Mia Ahmad sebagai Sara Azreen
Ashraf Muslim sebagai Hariz Zhafran
Riz Amin sebagai Izzudin
Miera Leyana sebagai Ria

Check Also

sinopsis Drama Cucu Tauke Beras

Drama Cucu Tauke Beras

Sebuah lagi drama menarik akan disiarkan menerusi slot dahlia TV3. Drama Cucu Tauke Beras ini …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *