Home » Info Hiburan » Sinopsis Maaf Jika Aku Tak Sempurna Slot Akasia TV3

Sinopsis Maaf Jika Aku Tak Sempurna Slot Akasia TV3

Sinopsis Maaf Jika Aku Tak Sempurna Slot Akasia TV3 – Satu lagi drama yang diadaptasi dari novel popular bakal menemui peminat slot Akasia TV3 bermula 2 September 2014 jam 7.00 malam. Novel Maaf Jika Aku Tak Sempurna adalah nukilan penulis berbakat besar Acik Lana.
 
Berikut adalah sinopsis drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna slot Akasia TV3 .. Layannnnnn..
 
Melina adalah seorang gadis yang meningkat dewasa. Hidupnya penuh dengan perkara mengasyikkan hingga dia lupa dosa pahala. Sikapnya menimbulkan gundah kepada ibu bapanya.Kerana terpaksa Datuk Zakri meminta Luqman untuk mengawasi Melina. Setiap hari mereka pasti bertengkar. Kehidupan Melina dan luqman berbeza macam langit dan bumi.Wasiat Datuk Zakri kepada bapa Luqman Rashid yang mahu mereka disatukan.
 
Novel Maafkan Aku Jika Tidak Sempurna
Walau bagaimanapun. Luqman terima Melina seadanya sebagai isteri. Dalam benci ada rindu. Mereka hidup bahagia hinggalah badai datang menguji kesabaran kedua hati. Zieta telah merancang sesuatu. Dia marah kerana Melina  berjaya merampas Harith darinya. Walaupun Melina dan Luqman telah berkahwin,Harith masih menyimpan perasaan padanya.Zieta juga menyimpan perasaan pada Luqman tapi tidak dilayan. Luqman ditangkap khalwat.Melina terlalu kecewa. Dapatkah Luqman menyakinkan Melina cintanya hanya Melina?
 gambar dan sinopsis bersumber dari sini

Check Also

sinopsis Drama Cucu Tauke Beras

Drama Cucu Tauke Beras

Sebuah lagi drama menarik akan disiarkan menerusi slot dahlia TV3. Drama Cucu Tauke Beras ini …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *