Breaking News
Home » Info Hiburan » Sinopsis Kau Aku Kita

Sinopsis Kau Aku Kita

Sinopsis Kau Aku Kita. Sebuah lagi drama menarik untuk tontonan anda. Drama Kau Aku Kita akan ditayangkan menerusi slot Lestary TV3 setiap hari Rabu dan Khamis jam 9.00 malam. Akan mula bersiaran bermula 28 oktober 2015.

Drama Kau Aku Kita Slot Lestary TV3
Drama Kau Aku Kita Slot Lestary TV3

Drama ini akan mengandingkan Syarul Ridzwan dan Janna Nick. Drama sebanyak 13 episod ini akan turut dibarisi oleh Isey Fazlisham, Adeline Tsen, Tunku Hanis, Hafidz Roshdi, Shamsul Ghau Ghau, Kay Maria.

SINOPSIS
Mengisahkan tentang dua orang yang berkongsi nama yang sama Iman Firdaus namun berbeza perwatakan. Iman lakonan Janna Nick dan Aus lakonan Syarul Ridzwan. Iman merupakan seorang gadis yatim piatu dan terpaksa bekerja keras bagi menyediakan keperluan adik-adiknya. Berbeza dengan Aus yang hidup serba mewah dan merupakan artis ternama yang digilai ramai. Jika iman diancam gengster kerana terpaksa melunaskan hutang lain pula dengan Aus yang diancam dengan para peminatnya yang ingin menjadikan dirinya sebagai pasangan kekasih.

Lebih menarik apabila pertemuan Iman dan Aus adalah kerana mereka berkongsi nama yang sama. Iman dikejar geng lintah darat ketika dia mencari pekerjaan manakala Aus pula menyamar sebagai orang biasa bagi lari dari dunia glamornya. Penjahat yang menjerit nama ‘Iman Firdaus’ menyebabkan mereka berdua menggelabah dan berlari bersama. Kekeliruan itu menjadi detik pertemuan mereka. Apa yang pelik bagi Aus ialah Iman langsung tidak mengenalinya sebagai seorang selebriti. Jawapannya mudah kerana Iman sendiri tidak mampu mempunyai televisyen apatah lagi masa untuk menontonnya.

Aus tertarik dengan Iman yang tidak mengenali dirinya langsung lantas memikirkan bahawa Iman adalah jodohnya yang paling tepat. Aus dengan segera melamar Iman. Iman tidak tahu sama ada dia mampu mencintai Aus tetapi dia tahu tanggungjawabnya adalah untuk memberi kesenangan kepada adik-beradiknya. Aus berjanji untuk melangsaikan hutang Iman bagi mereka memulakan hidup baru.

Mampukah perkahwinan tanpa landasan cinta membawa mereka kepada kemanisan berumah tangga? Mampukah Iman bertahan dengan dunia glamor Aus? Saksikan kesudahan drama Kau Aku Kita di slot lestary tv3 setiap rabu dan khamis.

Check Also

Miss Kapten Cikgu Waiz

Senarai Pelakon Drama Miss Kapten Cikgu Waiz

Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Miss Kapten Cikgu Waiz. Pastikan anda tidak ketinggalkan menonton drama …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *