Breaking News
Home » Info Hiburan » Sinopsis Kau Aku Kita Raya

Sinopsis Kau Aku Kita Raya

Sinopsis Kau Aku Kita Raya. Pasti ramai yang masih ingat akan drama Kau Aku Kita yang pernah menjadi ikutan pengemar drama melayu suatu ketika dulu. Drama adaptasi novel yang mengandingkan Saharul Ridzwan dan Janna Nick akan kembali lagi pada hari raya ini.

Kau Aku Kita Raya yang akan disiarkan pada 6 Syawal di TV3 ( 11 Julai 2016 ). Kau Aku Kita Raya turut akan menampilkan Hafidz Roshdi dan Sasqia Dahuri.

kau aku kita raya
kau aku kita raya

SINOPSIS
Kau Aku Kita Raya bermula dengan memperlihatkan kemesraan atau romantik Im Aus kejutkan Iman bangun pagi dengan kata-kata manis dan gelaran ‘abe’ dan ’sayang’ antara mereka kemudiannya Iman ketawa kerana itu hanya lakonan. Dia masih belum boleh mengubah panggilan ‘kau’ dan ‘aku’ antara mereka. Im Aus nampak kecewa tapi dia tetap cuba untuk biasakan Iman dengan panggilan itu tambahan ketika ini Iman sudah pun mengandungkan anak pertama mereka. Namun, sesuatu yang tidak dijangka telah berlaku apabila kandungan Iman bermasalah. Anak dalam kandungan mati tanpa mereka perasan kerana Iman terlalu aktif. Berita itu membuatkan Iman rasa tertampar tambahan dia tahu dia dah pun kecewakan Im Aus. Sejak keguguran, Iman mula menjadi pendiam. Iman cuba mengubah kelakuannya yang sedikit kasar itu menjadi lembut malah mengubah penampilannya dengan bertudung.

Nantikan siaran drama ini pada hari raya keenam ini 10 malam di TV3.

Check Also

Miss Kapten Cikgu Waiz

Senarai Pelakon Drama Miss Kapten Cikgu Waiz

Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Miss Kapten Cikgu Waiz. Pastikan anda tidak ketinggalkan menonton drama …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *