Breaking News
Home » Info Hiburan » Sinopsis Isyarat Cinta

Sinopsis Isyarat Cinta

Sinopsis Isyarat Cinta. Satu filem yang menarik yang memaparkan tema Orang Kelainan Upaya (OKU) hasil arahan Bade Haji Azmi. Mula ditayangkan di pawagam bermula 19 mac 2015 dengan barisan pelakon hebat seperti Adi Putra, Liyana Jasmay dan Fizo Omar. Filem Isyarat Cinta mengisahkan percintaan pasangan buta dan bisu.

Adi Putra membawa watak Iskandar iaitu seorang lelaki kaya tetapi bisu dan pekak manakala Liyana Jasmay sebagai seorang perempuan yang cacat penglihatan.

Filem Isyarat Cinta
Filem Isyarat Cinta

Sinopsis Isyarat Cinta
Cinta mereka mula berputik selepas Iskandar lakonan Adi Putra seorang jutawan yang sangat rendah diri dan pemalu telah memberanikan diri menyelamatkan Dhia lakonan Liyana Jasmay dari satu kemalangan jalan raya sehingga membibitkan rasa cinta masing-masing.

Hubungan mereka dijalinkan melalui orang tengah iaitu Ariel lakonan Fizo Omar apabila segala luahan Iskandar yang cacat pendengaran itu disampaikan kepada Ariel untuk Dhia. Tetapi Ariel sendiri telah jatuh hati dengan Dhia dan tidak sanggup untuk meneruskan tugasnya sebagai perantara cinta antara Iskandar dan Dhia.

OFFICIAL TRAILER FILEM ISYARAT CINTA

Check Also

Miss Kapten Cikgu Waiz

Senarai Pelakon Drama Miss Kapten Cikgu Waiz

Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Miss Kapten Cikgu Waiz. Pastikan anda tidak ketinggalkan menonton drama …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *