Breaking News
Home » Info Hiburan » Sinopsis Hello Mr Perfect

Sinopsis Hello Mr Perfect

Sinopsis Hello Mr Perfect. Satu lagi drama menarik bakal menemui peminat slot Akasia TV3. Drama ini dijadualkan bersiaran bermula 30 September mengantikan drama Mencintaimu yang sudah pun selesai.

Hello Mr Perfect adalah drama yang diadaptasi dari semua novel tulisan Waniey Zakaria. Drama terbitan A Aida Production Sdn Bhd diarahkan oleh Nuad Hj Othman menampilkan Fattah Amin dan Nur Ruhainies selaku pelakon utama.

Pelakon lain yang membarisi drama Hello Mr Perfect ini adalah Rafiq Razali, Ezzaty Abdullah, Azlan Mokhtar, Mimi Ernida, Nafiez Zaidi, Keena Mentor, Afzan A.Rahman, Kay Maria, Eizlan Yusof, Fiza Halim, Ammar Alfian, Seniwati Mariani, Reydzal Razaly.

Sinopis Hello Mr Perfect
Fattah Amin dan Nur Ruhainies memegang watak utama Hello mr perfect

SINOPSIS DRAMA MR PERFECT SLOT AKASIA TV3
Mengisahkan tentang dua pasangan iaitu Muhammad Arif Fikri dan Ainul Mardhiah saling mencintai dan merancang untuk berkahwin. Namun disebabkan kerana peraturan yang telah ditetapkan oleh keturunan keluarganya yang mementingkan aspek langkah bendul walaupun mereka adalah lelaki, memaksa Arif mencari jalan penyelesaian. Selagi anak sulung tidak berkahwin, maka dia tak boleh berkahwin. Lebih memberatkan lagi apabila pihak keluarga Ainul hanya memberi masa selama enam bulan untuknya membuat keputusan.

Alongnya, Muhammad Izzul Islam terlampau mengejar kesempurnaan kepada pasangannya. Wajahnya kacak, tinggi dan menjadi tarikan ramai. Namun dia terlampau cerewet dan memerlukan pasangan yang juga sempurna sepertinya. Terlalu ramai gadis yang berdamping dengannya namun tiada seorang pun yang dapat bertahan dengan sikapnya walau sehari dua.

Tiada pilihan, Arif cuba mendapatkan calon isteri untuk Izzul. Imbuhan juga diberikan sebanyak RM500,000 sebagai cagaran sekiranya gadis itu berkahwin dengan alongnya. Alya Adriana yang ketika itu terdesak kerana hutang keluarga dengan Along memaksa Alya untuk menawarkan diri. Mampukah Alya memanipulasikan pemikiran Izzul yang terlampau mengejar kesempurnaan itu? Dapatkah dia bertahan dengan sikap Izzul sekiranya dialah calon yang terakhir?

Sama-sama kita saksikan kesudahan Hello Mr Perfect ini. Mampukah kesempurnaan dicari atau ianya hanyalah mimpi. Jom tonton setiap Isnin hingga Khamis 7.00 malam di Tv3.

Check Also

Sinopsis drama dia

Sinopsis Drama Dia Di TV3 Lakonan Janna Nick dan Irwansyah

Sinopsis Drama Dia Di TV3 Lakonan Janna Nick dan Irwansyah. Peminat drama pastikan tidak ketinggalan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *