Home » Info Hiburan » Sinopsis Hati Perempuan

Sinopsis Hati Perempuan

Sinopsis Hati Perempuan. Sekali lagi peminat Slot Akasia bakal dihidangkan dengan drama menarik yang diadaptasi dari novel. Kali ini dengan drama Hati Perempuan yang novelnya adalah karya Nur Ain Al-Abbas. Drama ini bakal disiarkan bermula 30 Mac 2015 , Isnin hingga khamis slot akasia Tv3 jam 7 malam.

Hati Perempuan bakal menampilkan Syarul Ridzwan, Mia Ahmad, Hafreez Adam, Hafeez Mikai dan ramai lagi barisan pelakon hebat.

Sinopsis drama Hati Perempuan
drama Hati Perempuan Slot Akasia TV3

SINOPSIS HATI PEREMPUAN
Hati Perempuan mengisahkan pengalaman lalu yang dilalui mengajar Yuhanis tentang erti perbezaan taraf hidup. Yuhanis menjadi seorang wanita yang terlalu berhati-hati dan mementingkan rasional berbanding emosi. Kerana sikapnya itu, dia terlepas pandang terdapat insan yang menyayanginya dalam diam. Namun, pemberian kotak kecil berbalut rapi dengan ikatan reben berwarna keemasan tanpa nama penerima amat mengejutkan Yuhanis.
Mampukah cinta yang harus memiliki itu dapat dirasai oleh Yuhanis dan Tengku Zaril? Atau mungkin Yunanis masih ada kesangsian cinta Tengku Zaril terhadap dirinya?

Dalam drama Hati Perempuan, anda bakal dihidangkan juga dengan OST atau lagu yang menarik seperti Sampai Mati oleh Hazama , Takkan Pudar – Ernie Zakri dan Bunga Dhia oleh Aiman.

Jangan lupa saksikan drama menarik ini menerusi TV3 Slot Akasia.

Check Also

sinopsis Drama Cucu Tauke Beras

Drama Cucu Tauke Beras

Sebuah lagi drama menarik akan disiarkan menerusi slot dahlia TV3. Drama Cucu Tauke Beras ini …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *