Home » Info Hiburan » Sinopsis Hantu Punya Bos Slot Iris TV3

Sinopsis Hantu Punya Bos Slot Iris TV3

Sudahkah anda menonton drama yang mengandingkan Shukri Yahaya dan pelakon baru Intan Najuwa. Disini kami akan kongsikan sinopsis Hantu Punya Bos yang telah mula bersiaran di slot Iris TV3 pada 28 Disember 2016. Drama romantik komedi 20 episod ini boleh ditonton setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 6.30 petang.

Senarai Pelakon Hantu Punya Bos

Selain Shukri Yahaya dan Intan Najuwa drama Hantu Punya Bos turut dibintangi oleh Aizat Hassan, Julia Marin, Afiera Riana, Fahmy Reza, Iszander Nor, Vicha Saywho, Serina Redzuawan, Tengku Fiella, Tash Yong, Faried War, Yan Ibrahim, Nur Qistina Raisah, Manan Sulaiman, Airis Yasmin, Ben Ryzlan, Syerinie.

Sinopsis Hantu Punya Bos
Hantu Punya Bos

Sinopsis Hantu Punya Bos
Mengisahkan Abby lakonan Intan Najuwa yang mengambil keputusan secara mengejut untuk menggantikan tempat kerja sahabat baiknya, Diela kerana memerlukan wang untuk mengubati ibunya yang sedang sakit di kampung. Diela pula tidak sabar untuk berhenti bekerja dengan bos yang berperangai seperti hantu.

Arrayyan lakonan Shukri Yahaya terkejut apabila Diela dapat cari penggantinya dalam masa yang singkat. Namun, Arrayyan akur dan menerima Abby sebagai pembantu peribadinya. Yang Arrayyan tidak sangka, sikap Abby yang cepat melatah dan suka menjawab bakal mencabar dirinya sebagai seorang bos yang sering ditakuti oleh pekerjanya.

Berbagai kisah menarik membabitkan Abby dan Arrayyan akan berlaku antara mereka. Apakah kesudahan cerita ini, saksikan di slot Iris TV3 yang juga drama dari adaptasi novel karya Dekna Lee.

Check Also

sinopsis dan pelakon shhh i love you

Sinopsis Dan Pelakon Drama Shhh I Love You

Sinopsis Dan Pelakon Drama Shhh I Love You. Lain macam pula tajuk drama terbaru slot …

One comment

  1. buku yg anak buah aku selalu dok baca dah jadi tv series rupanya.. sampai dah kusam buku tu huhu

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *