Breaking News
Home » Info Hiburan » Sinopsis Filem Rock Bro

Sinopsis Filem Rock Bro

Sinopsis Filem Rock Bro. Pasti semua masih ingat akan perjuangan kumpulan Rimba Bara dalam memperjuangkan irama muzik rock. Sebelum ini anda telah dihidangkan dengan Rock dan skuel kedua iaitu Rock ooo. Kini muncul lagi dalam skuel terakhir Rock Bro.

Bagi yang mengikuti filem ini dari pada mula pasti memahami perjalanan Rimba Bara. Dalam filem Rock menceritakan permulaan sebuah kumpulan muzik dalam mengejar cita-cita menjadi kumpulan rock ternama manakal dalam skuel kedua Rock Ooo pula menceritakan zaman transisi dan kejayaan kumpulan rock untuk meneruskan perjuangan muzik mereka ketika itu. Untuk filem terakhir ini, Rock Bro memaparkan zaman kejatuhan irama rock dalam berdepan pelbagai kesukaran dengan kemasukan genre muzik baru dalam industri muzik tempatan.

sinopsis filem rimba bara
Filem Rock Bro bakal menemui penonton di pawagam bermula 27 Oktober 2016

Sinopsis Rock Bro
Filem Rock Bro akan memaparkan zaman kejatuhan era rock di Malaysia akibat kemasukan aliran muzik baru seperti rap dan hip hop pada awal 1990-an sedikit sebanyak memberi impak kepada irama rock. Kumpulan rock Rimba Bara yang sudah lama tidak membuat persembahan terpaksa menyara hidup dengan membuat kerja sambilan di samping melakukan persembahan di tapak ekspo tani dan mendapat bayaran dalam bentuk sayur-sayuran. Walaupun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan Rimba Bara tetap gigih meneruskan perjuangan dalam industri muzik yang penuh dengan permainan politik.

Pada masa sama, Rimba Bara semakin menuju kehancuran kerana Jijoe jatuh cinta pandang pertama dengan ratu rock Ella lakonan Kaka Azraff ketika terserempak di studio rakaman King’s Studio. Disebabkan perasaan cinta yang terlalu mendalam kepada Ella, Jijoe juga mengambil keputusan untuk meninggalkan kumpulan Rimba Bara dan menjadi kontraktor kelas F.

Berbagai konflik timbul antara ahli kumpulan Rimba Bara hingga mereka semakin goyah. Apakah kesudahan kisah perjalanan kumpulan rock ini. Saksikan di pawagam bermula 27 Oktober 2016.

Pelakon Rock Bro
Antara pelakon yang bakal menjayakan filem terakhir ini adalah Khir Rahman (Jijoe), Pekin Ibrahim (Slash Haji Tapah), Azmi Black (Black), Sofi Jikan (Zul Kapan/ACGMC), Amirul Affendi (Dio) dan ramai lagi. Namun watak Amy Mat Piah lakonan Que Haidar sebelum ini digugurkan. Turut akan ada penampilan istimewa otai rock Malaysia iaitu Datuk Hattan, Man Kidal, Black Wings dan Yan Lefthanded.

Filem Rock Bro diterbitkan oleh Grand Brilliance Sdn Bhd dan Enjit Semut Sdn Bhd.

Check Also

Miss Kapten Cikgu Waiz

Senarai Pelakon Drama Miss Kapten Cikgu Waiz

Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Miss Kapten Cikgu Waiz. Pastikan anda tidak ketinggalkan menonton drama …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *