Breaking News
Home » Info Hiburan » Sinopsis Filem Pontianak Menangis

Sinopsis Filem Pontianak Menangis

Sinopsis Filem Pontianak Menangis. Kepada peminat filem genre komedi seram pastikan anda tidak melepaskan peluang menyaksikan filem ini di pawagam. Telah pun mula ditayangkan pada 1 Oktober 2015. Filem arahan Ismail Jejaka ini membariskan ramai pelakon komedi handalan antaranya Joey Daud, Yassin SYJ, Watie Sadali, Hamdan Senario, Soya dan ramai lagi.

Filem Pontianak Menangis
Filem Pontianak Menangis

SINOPSIS PONTIANAK MENANGIS
mengisahkan tentang Kampung Selamat yang sering diganggu Pontianak dan sering berlaku kecurian harta benda penduduk kampung. Berikutan itu, penduduk kampung itu telah berpakat untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka. Seorang pemuda bernama Man Kelentong telah memberitahu bahawa dia mengenali seorang pakar pengusir Pontianak dari tanah Jawa yang digelar Raja Paku. Penduduk kampung bersetuju dengan cadangan Man Kelentong. Man Kelentong kemudian berpakat dengan rakannya Mat Nyeh untuk menyamar sebagai Raja Paku.

Tetapi lain pula terjadi apabila mat Nyeh telah jatuh cinta pada pontianak itu. Apakah akan terjadi seterusnya ?

Check Also

Miss Kapten Cikgu Waiz

Senarai Pelakon Drama Miss Kapten Cikgu Waiz

Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Miss Kapten Cikgu Waiz. Pastikan anda tidak ketinggalkan menonton drama …

One comment

  1. best tak cerita ni.. orang cakap tak bestt hahaha

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *