Breaking News
Home » Info Hiburan » Sinopsis Filem Polis Evo

Sinopsis Filem Polis Evo

Sinopsis Filem Polis Evo. Satu lagi filem genre aksi akan menemui penonton dipawagam bermula 17 september 2015. Filem arahan Ghaz Abu Bakar ini bakal menampilkan barisan pelakon hebat tanah air seperti Shaheizy Sam, Zizan Razak, Nora Danish, Allahyarham Harun Salim Bachik dan ramai lagi.

Filem Polis Evo di pawagam bermula 17 September 2015
Filem Polis Evo di pawagam bermula 17 September 2015

SINOPSIS POLIS EVO
Polis Evo bermula dengan seorang Inspektor narkotik terbaik di Kuala Lumpur iaitu Inspektor Khai lakonan Shaheizy Sam telah ditugaskan untuk menyiasat dan menyelesaikan kes Syabu Naga yang melibatkan operasi pengedaran dadah di Terengganu. Meskipun kes ini mempunyai kaitan dengan kes yang dikendalikan oleh Inspektor Khai sebelum ini, namun dia harus bekerjasama dengan Inspektor Sani lakonan Zizan Razak yang bertugas di Terengganu. Ini kerana Inspektor Sani lebih arif dengan selok-belok negeri kelahirannya itu.

Walau bagaimanapun, mereka berdua mempunyai personaliti berbeza. Inspektor Khai seorang yang tegas dan sering bertindak tangkas dan ini berbeza sekali dengan Inspektor Sani, yang lebih mengikut prosedur dan protokol. Ketidakserasian itu membuatkan misi mereka hampir gagal. Segalanya berubah apabila ketua penjenayah, Izrail mula melibatkan keluarga Inspektor Sani dalam kes ini. Inspektor Khai dan Inspektor Sani kini sedar mereka perlu belajar bekerjasama bagi menyelesaikan misi mereka.

Berjayakah mereka melumpuhkan operasi pengedaran dadah tersebut? Dan apakah pengorbanan Inspektor Sani untuk menyelamatkan keluarganya?

Saksikan aksi hebat filem Polis Evo dipawagam berhampiran anda.

Check Also

Sinopsis drama dia

Sinopsis Drama Dia Di TV3 Lakonan Janna Nick dan Irwansyah

Sinopsis Drama Dia Di TV3 Lakonan Janna Nick dan Irwansyah. Peminat drama pastikan tidak ketinggalan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *