Breaking News
Home » Info Hiburan » Sinopsis Filem Pilot Cafe

Sinopsis Filem Pilot Cafe

Sinopsis Filem Pilot Cafe. Mungkin ramai yang sudah menonton di pawagam filem yang diadaptasi dari novel ini sejak mula ditayangkan pada 30 April 2015. Filem ini membariskan pelakon hebat  filem seperti Fahrin Ahmad, Izara Aishah, Neelofa, Remy Ishak, Keith Foo, Eizlan Yusof, Dian P Ramlee, Rosnah Johari, Zaidi Omar dan Hafizzudin Fadzil serta diarahkan oleh Osman Ali.

sinopsis pilot cafe
Filem Pilot Cafe mula ditayangkan di pawagam bermula 30 April 2015

SINOPSIS PILOT CAFE
Ceritanya bermula dengan seorang juruterbang bernama Ameer Reza yang suka berfoya-foya mula berubah dan insaf selepas kehilangan orang tersayangnya. Ameer kemudiannya telah membuka sebuah cafe, dan dari situ dia telah bertemu dengan seorang gadis kampung bernama Maya.

Namun segalanya berubah apabila dia kehilangan sahabatnya, Harris yang maut ketika mengendalikan helikopter. Ameer mula sedar hidupnya selama ini penuh dengan kejahilan. Lalu, dia berniat  insaf dan meninggalkan kekhilafan lampau.

Ameer sering diburu igauan mimpi ngeri atas perbuatan silamnya. Bagi menebus dosa silam, Ameer berhenti dari menjadi juruterbang dan  mengusahakan Pilot Cafe. Takdir telah menemukan Ameer bersama gadis kampung, Maya lakonan Izara Aishah yang diburu bapa ayam. Melihat keadaan Maya, Ameer terus menghulurkan bantuan.

Sedikit demi sedikit Ameer mengetahui punca Maya melarikan diri ke Kuala Lumpur dan itu membuatkan dia simpati terhadap gadis naif yang berbadan dua dek terlanjur dengan kekasihnya Rashid lakonan Remy Ishak. Saat itu, dia terkenangkan Sharmila lakonan Neelofa iaitu salah seorang gadis yang ditidurinya dan tanpa sedar dia tertarik pada gadis itu. Malangnya, Sharmila menghilangkan diri sewaktu dia menyuruhbya menggugurkan kandungan. Ameer mengambil keputusan menjaga Maya dan memberi perhatian pada bayi kandungannya.

Rashid, kembali menuntut haknya ke atas Maya. Apakah kesudahan cerita menarik yang turut mampu menyentuh hati para penonton yang meminat genre filem sebegini. Jangan lupa ke pawagam berhampiran anda.

Check Also

Miss Kapten Cikgu Waiz

Senarai Pelakon Drama Miss Kapten Cikgu Waiz

Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Miss Kapten Cikgu Waiz. Pastikan anda tidak ketinggalkan menonton drama …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *