Breaking News
Home » Info Hiburan » Sinopsis Filem Ola Bola

Sinopsis Filem Ola Bola

Sinopsis Filem Ola Bola. Sesuatu yang menarik untuk disaksikan oleh peminat bolasepak sejati. Ola Bola bertemakan bola sepak ini merupakan hasil inspirasi terhadap sejarah sukan bola sepak pada era 1970-an. OlaBola merupakan kisah kejayaan tentang keberanian dan semangat bersatu yang memberi inspirasi kepada barisan pemain bola sepak Malaysia untuk bangkit dari kekecewaan dan muncul menjadi wira negara.

Filem ini menampilkan pelakon seperti Bront Palarae serta penampilan istimewa oleh Frankie Lee. OlaBola turut dibarisi pelakon baru yang bakal menyinar seperti JC Chee , Luqman Hafidz, Saran Kumar dan Marianne Tan. Apa yang menarik ianya akan menggunakan kesemua bahasa iaitu Bahasa Melayu, Tamil, Inggeris, Mandarin, Kantonis, dan juga Hokkien.

Penghasilan Ola Bola turut menggunakan khidmat professional dalam bidang khusus teknikal seperti pakar kesan khas visual dari Argentina dan turut menggunakan sinematografi udara terbaik dari Australia.

sinopsis Filem Ola Bola
Filem Ola Bola

SINOPSIS OLA BOLA
Filem menarik ini diambil daripada kisah benar mengenai semangat juang pasukan bola sepak Malaysia untuk bangkit daripada kekecewaan, sekaligus muncul sebagai wira negara. Kehilangan Tauke yang mengundur diri gara-gara masalah kewangan menyukarkan skuad itu, namun segala rintangan dapat diatasi dengan kehadiran ribuan peminat yang tidak jemu-jemu menyokong skuad negara di stadium ketika berdepan lawan yang jauh lebih kuat waktu itu.

Filem ini akan mula ditayangkan dipawagam bermula 28 Januari 2016. Pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan Filem Ola Bola, You Will Believe Again.

Official Trailer Film Ola Bola

Check Also

Sinopsis drama dia

Sinopsis Drama Dia Di TV3 Lakonan Janna Nick dan Irwansyah

Sinopsis Drama Dia Di TV3 Lakonan Janna Nick dan Irwansyah. Peminat drama pastikan tidak ketinggalan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *