Breaking News
Home » Info Hiburan » Sinopsis Filem Kipidapp Selamatkan Hari Jadi

Sinopsis Filem Kipidapp Selamatkan Hari Jadi

Sinopsis Filem Kipidapp Selamatkan Hari Jadi. Kepada peminat filem romantik komedi, pastikan filem terbaru terbitan MIG Pictures menjadi pilihan anda. Bakal ditayangkan bermula 17 Mac 2016 di pawagam berhampiran anda. Bakal dibintangi oleh Atikah Suhaime, Hafreez Adam, Aizat Hassan, Julia Farhana Marin, Kartina Aziz, Abdul Rani Kulup dan ramai lagi.

Kipidapp Selamat Hari Jadi
Kipidapp Selamatkan Hari Jadi

Filem romantik komedi Kipidapp! Selamatkan Hari Jadi merupakan sebuah karya hiburan ringan sesuai untuk ditonton oleh seisi keluarga. Nama pun filem komedi, rasanya masih ramai pengikut filem ringan begini. Menurut penerbit filem ini penonton juga akan mendapat pengajaran berikutan elemen-elemen sifat-sifat murni, kasih sayang di antara adik beradik dan suntikan romantik melengkapkan plot penceritaan filem ini. Siapa tidak kenal David Teo, pasti sudah biasa dengan konsep filemya.

Apa yang menarik filem ini bakal menampilkan raja report iaitu Abdul Rani Kulup. Pasti dengan adanya Rani Kulup pasti menjadi salah satu tarikan penonton ke pawagam nanti.

SINOPSIS
mengisahkan tentang hubungan cinta seorang peguam Sapura, dengan seorang pelakon lelaki popular Eddie yang bergolak berikutan Eddie sering digosipkan dengan seorang pelakon bernama Maya. Bagaimanapun ketika sambutan hari jadi Sapura, Eddie telah tersasul ketika menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi dan ini membuatkan Sapura kecewa dan pulang ke kampung halaman untuk menenangkan fikirannya.

Apakah kesudahan filem Kipidapp Selamatkan Hari Jadi, pastikan anda ke pawagam bermula 17 Mac 2016.

Kipidapp dongibab…

Check Also

Drama Dia Bidadariku

Sinopsis Dan Senarai Pelakon Drama Dia Bidadariku

Sinopsis Dan Senarai Pelakon Drama Dia Bidadariku. Tonton lakonan Erra Fazira, Hisyam Hamid, Norman Hakim, …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *