Breaking News
Home » Info Hiburan » Sinopsis Filem Jejak Warriors

Sinopsis Filem Jejak Warriors

Sinopsis Filem Jejak Warriors. Filem yang akan turut melibatkan beberapa orang pemain pasukan Kelantan sebagai pelakon ini akan mula berada di pawagam bermula 27 Ogos 2015. Mengisahkan pengembaraan seorang kanak-kanak untuk bertemu pasukan bolasepak Kelantan atau The Red Warriors.

Filem Jejak Warriors
Filem Jejak Warriors

SINOPSIS JEJAK WARRIORS
Sebuah kisah pengembaraan mengenai seorang remaja bernama Wan Raja untuk berjumpa dengan pasukan bolasepak pujaan beliau iaitu The Red Warriors.Bapa Wan Raja adalah seorang penyokong nombor satu The Red Warriors sehinggalah satu kemalangan berlaku dan ini telah menukar kehidupan keluarganya untuk selamanya. Dengan kematian mengejut ibu Wan Raja, beliau menyedari cita-cita bapanya untuk mendapatkan tandatangan pemain The Red Warriors belum tercapai. Sewaktu perjalanan Wan Raja dari Johor Bahru ke Kota Bahru beliau telah menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran namun untuk berputus asa bukan pilihan bagi beliau bagi mencapai cita-citanya.

SENARAI PELAKON
Mohd Aliff Firdaus, Pekin Ibrahim, Nadiya Nissa, Harun Salim Bachik, Amir Raja Lawak, Syuk, Radhi Khalid, Bell Ngasri, Sabri Yunus, Ogy Ahmad Daud. Turut akan dibantu oleh pemain pasukan Kelantan seperti Khairul Fahmi Che Mat, Wan Zack Haikal Wan Nor, Mohd Fitri Omar, Ahmad Fakri Saarani, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria.

Pastikan anda ke pawagam berhampiran anda untuk menyaksikan bintang-bintang bolasepak Kelantan berlakon. Setiap pengembaraan bermula dengan satu impian.

Check Also

Sinopsis drama dia

Sinopsis Drama Dia Di TV3 Lakonan Janna Nick dan Irwansyah

Sinopsis Drama Dia Di TV3 Lakonan Janna Nick dan Irwansyah. Peminat drama pastikan tidak ketinggalan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *