Breaking News
Home » Info Hiburan » Sinopsis Filem Coverina

Sinopsis Filem Coverina

Sinopsis Filem Coverina. Satu lagi filem berunsur komedi bakal ditayangkan di pawagam bermula 19 Februari 2015. Filem komedi ringan ini adalah lakonan Pekin Ibrahim ,  Siti Elizad dan Cat Farish dan diarahkan oleh Khalid Nadzri yang juga adik kepada pengarah Ahmad Idham.

Pekin Ibrahim Berubah Jadi Wanita

Dalam filem ini Pekin Ibrahim terpaksa melakonan watak seorang wanita tulen.

“Dalam filem ini, saya bukan jadi mak nyah atau pondan, tetapi perlu berpakaian wanita dan menjadi seorang gadis. Semuanya bermula selepas watak Kamal Ali pergi meminta kerja di sebuah kedai motosikal yang dimiliki bos wanita lakonan Siti Elizad. Kerana salah nama dari Kamal Ali tertukar jadi Kamelia, maka bermulalah perjalanan Kamal menjadi wanita. Nak tahu lanjut kenalah tengok filem ini nanti. Pada masa sama, Kamal memang meminati bosnya itu. Maka, terjebaklah Kamal untuk menyelami jiwa wanita dengan menyamar sebagai golongan hawa. Kalau nak tengok Pekin menyamar jadi wanita bawa superbike, kenalah tengok cerita bergenre komedi ini bertajuk Coverina,” – Pekin Ibrahim

Pekin Ibrahim Jadi Wanita Dalam coverina
Pekin Ibrahim Jadi Wanita Dalam coverina

SINOPSIS FILEM COVERINA
Kamal, seorang pengangur yang sering membantu temannya Ery di warung burger, telah tersilap mengisi borang permohonan kerja, sehingga dia ditemuduga untuk bekerja di sebuah syarikat permotoran milik Rina, ratu permotoran negara yang merupakan seorang anti-lelaki akibat ditinggalkan kekasihnya pada hari pernikahan mereka. Semuanya berubah apabila Kamal diterima bekerja di situ sebagai ‘despatch’ kerana pekerja wanita mereka telah berhenti secara tiba-tiba. Menyamar sebagai Kamalia membolehkan Kamal menyelami perasaan Rina, dan cuba memikat Rina. Namun, cubaannya tidak berkesan dan menyebabkan Rina yang kesunyian ingin kembali menjalin perhubungan dengan bekas kekasihnya.

Official Trailer Filem Coverina

Jika anda peminat filem komedi yang penuh unsur lawak , pastikan anda tidak ketinggalan menonton filem ini di pawagam bermula 19 Februari 2015.

Check Also

Miss Kapten Cikgu Waiz

Senarai Pelakon Drama Miss Kapten Cikgu Waiz

Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Miss Kapten Cikgu Waiz. Pastikan anda tidak ketinggalkan menonton drama …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *