Breaking News
Home » Info Hiburan » Sinopsis Engkau Laksana Bulan

Sinopsis Engkau Laksana Bulan

Drama terbaru yang mengisahkan cinta yang tidak kesampaian Engkau Laksana Bulan bakal menemui penonton melalui TV1 RTM dalam slot Tribute P.Ramlee pada 28 Disember 2014 jam 10.00 malam. Drama ini menggandingkan pelakon popular, Shukri Yahya dan Nadia Nisaa di bawah arahan pengarah terkenal, Erma Fatima.

Nadia Nisaa engkau laksana bulan
Nadia Nisaa

Sinopsis Engkau Laksana Bulan
Ridz yang merancang dengan Nilam, menghantar rombongan merisik ke rumah Nilam. Namun dibatalkan kerana ayah Nilam yang dahulunya ingin memperisterikan ibu Ridz tidak kesampaian lau membatalkan ikatan perkahwinan anak-anaknya. Pelbagai cara dilakukan oleh ayah Nilam semata-mata mahu menghalang mereka meneruskan ikatan tersebut. Hingga dia sanggup melakukan apa sahaja tindakan meskipun ianya melanggar undang-undang. Malah dia tidak mahu langsung mendengar penjelasan keduanya.

Ridz kemudiannya nekad mengambil keputusan untuk melarikan diri bersama Nilam. Namun segalanya musnah apabila rancangan mereka dapat ditangkap oleh ayah Nilam. Ayah Nilam telah menfitnah pemuda itu cuba melarikan dan mencabul anaknya. Nilam begitu kecewa dengan ayahnya dan membuatkannya merana. Ridz yang tidak bersalah kemudiannya dipenjarakan dan Nilam dipaksa berkahwin dengan Danial, anak kawannya.

Perkahwinan Nilam dan Danial yang tanpa rasa cinta akhirnya menimbulkan keadaan huru hara. Nilam bertegas tidak mahu Danial menyentuhnya dan membuat apa sahaja perkara menyakitkan hati Danial. Danial yang pada mulanya bersabar tidak mampu untuk terus bertahan. Bila segalanya diadukan kepada ayah mentuanya dia diminta bersabar.

Satu hari Nilam dan Danial bergaduh besar. Danial tanpa sengaja telah bertindak melempar barang ke arah cermin almari dan menyebabkannya pecah. Serpihan kaca cermin tersebut telah mengenai tepat ke mata Nilam. Nilam buta akibat peristiwa tersebut.

Tiba masanya Ridz dibebaskan dan terus mencari Nilam dan ingin membawa Nilam lari. Namun ayah Nilam mengamuk dan cuba menembak Ridz tetapi dihalang Nilam dan terkena tembakan.

Shukri Yahya
Shukri Yahya

Check Also

Miss Kapten Cikgu Waiz

Senarai Pelakon Drama Miss Kapten Cikgu Waiz

Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Miss Kapten Cikgu Waiz. Pastikan anda tidak ketinggalkan menonton drama …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *