Breaking News
Home » Info Hiburan » Sinopsis Duda Terlajak Laris

Sinopsis Duda Terlajak Laris

Sinopsis Duda Terlajak Laris. Drama terbaru yang akan menemui penonton menerusi Slot Akasia di Tv3 bermula 11 April 2016. Akan menampilkan gandingan Idris Khan dan Zara Zya sebagai pelakon utama. Drama ini juga merupakan adaptasi dari novel nukilan Aifa Batrisya yang akan diarahkan oleh Fairuz Loy.

Sinopsis Duda Terlajak Laris
Drama Duda Terlajak Laris

Senarai Pelakon Duda Terlajak Laris
Idris Khan
Zara Zya
Bella Nazari
Wawa Zainal
Anis Al-Idrus
Kuza Muzaini
Arash Mohd
Laila Nasir
Ikhlas Jalil
Syed Ali

SINOPSIS DUDA TERLAJAK LARIS
Mengisahkan Zack disuruh bernikah diusia 18 tahun. Ini semua bermula dari satu insiden menukar sebiji mentol, perangkap yang dibuat oleh Pehah, adik angkat Bob sahabatnya. Demi menjaga air muka tok ayah sebagai imam masjid kampung. Zack menikahi Pehah di usia yang muda. Selepas kejadian itu Zack melarikan diri dan meninggalkan Pehah tanpa pesan. Zack mengambil keputusan untuk lari ke Aussie, Australia dan tinggal bersama kakaknya, Zainura sambil menyambung pelajarannya di sana.

Setelah dua tahun berlalu, Zack pulang semula ke kampung selepas menerima panggilan pemergian Tok Ayah yang disayanginya. Kemudian, Zack menceraikan Pehah dengan talak satu tanpa sebarang alasan. Pehah sempat mengingatkan Zack bahawa suatu hari nanti Zack pasti akan datang mencarinya. Kata-kata itu bagai satu sumpahan apabila Zack masih tidak berkahwin walaupun kejadian tersebut sudah 8 tahun berlalu.

Ibu Zack mahukan Zack berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Beberapa kali Zack putus tunang sehingga ibunya hampir putus asa. Zainura memperkenalkan Idayu pada keluarga mereka. Idayu telah lama menyukai Zack sejak mereka di Aussie lagi. Zack hanya menerima sahaja dia ditunangkan dengan Idayu. Pada waktu itu juga, muncul Anis Nabihah. Kehadiran Anis mengingatkan Zack kepada Pehah, bekas jandanya dulu. Zack mula mendekati Anis membuat Idayu cemburu. Idayu yang kecewa pergi buat selamanya selepas terlibat dalam kemalangan. Zack rasa serba salah dan Anis yang menjadi kawan baiknya ketika itu.

Pada suatu hari, Zack pergi ke klinik gigi untuk mengubati giginya yang sakit. Disana dipertemukan dia dengan seorang doktor gigi yang berpudah bernama Inas. Zack mahu mengenali Inas apabila dia merasakan sesuatu yang pelik dan mula menyukai Inas. Siapakah Inas sebenarnya? Apa kesudahannya kisah duda terlajak yang agak laris ini?

Jangan lupa saksikan drama menarik ini dalam slot Akasia TV3 setiap Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam bermula 11 April 2016 ini. Selamat menonton.

Lagu OST

Check Also

Miss Kapten Cikgu Waiz

Senarai Pelakon Drama Miss Kapten Cikgu Waiz

Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Miss Kapten Cikgu Waiz. Pastikan anda tidak ketinggalkan menonton drama …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *