Breaking News
Home » Info Hiburan » Sinopsis Drama Umairah Slot Samarinda TV3

Sinopsis Drama Umairah Slot Samarinda TV3

Sinopsis Drama Umairah Slot Samarinda TV3. Peminat drama melayu akan disajikan dengan satu lagi cerita menarik menerusi slot Samarinda yang bertajuk Umairah. Akan mengandingkan pelakon hebat sepanjang bersiaran sebanyak 15 episod bermula 25 oktober 2016.

Drama yang mengantikan Patahnya Sebelah Sayap ini boleh ditonton setiap isnin hingga rabu jam 10 malam.

Sinopsis Drama Umairah
Drama Umairah Slot Samarinda TV3 bermula 25 Oktober 2016

Senarai Pelakon Drama Umairah
Lufya Omar, Amar Asyraf, Shah Iskandar, Rahim Jailani, Dilla Ahmad, Shiqin kamal, Shah Sulaiman, Octovia Manrose, Kodi Rasheed, Baby Sofea

Sinopsis
Kisah berkisar tentang perjalanan hidup yang dilalui oleh seorang wanita bernama Puteri Nur Umairah Dato Amir. Puteri sulung kepada seorang jutawan dan usahawan terkenal iaitu Dato’ Amir yang juga pemilik syarikat perkapalan terkemuka negara, Garuda Global. Ibunya Datin Sumaiyyah meninggal dunia ketika melahirkan adiknya, Puteri Nur Sabrina. Umairah dan Sabrina dibesarkan oleh papa mereka, Dato’ Amir dan pembantu rumah mereka yang dikenali sebagai Tokma . Perlakuan dan sifat Umairah dan Sabrina ketara berbeza. Umairah gadis yang lemah lembut dan bersopan santun serta penyabar. Manakala Sabrina pula kasar perlakuannya, suka memberontak dan lebih agresif. Namun dia sangat rapat dan sayangkan kakaknya.

Trailer drama Umairah TV3

Check Also

Drama Dia Bidadariku

Sinopsis Dan Senarai Pelakon Drama Dia Bidadariku

Sinopsis Dan Senarai Pelakon Drama Dia Bidadariku. Tonton lakonan Erra Fazira, Hisyam Hamid, Norman Hakim, …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *