Home » Info Hiburan » Sinopsis Drama Syurga Nur Slot Akasia TV3

Sinopsis Drama Syurga Nur Slot Akasia TV3

Sinopsis Drama Syurga Nur Slot Akasia TV3. Peminat tegar drama melayu terutama yang disiarkan menerusi slot akasia di Tv3 pasti ternanti-nanti apakah yang bakal dihidangkan dalam drama ini. Akan mula bersiaran pada 1 Julai 2015 6.55 petang. Ini merupakan drama terbaru selepas tamatnya Dia Isteri Luar Biasa..

Drama ini bukanlah dari adaptasi novel popular, jadi pasti ramai yang akan ternanti-nanti apakah kesudahannya dari episod ke episod. Drama terbaru arahan Pengarah Jinggo ini turut membariskan pelakon baru Janna Nick yang digandingkan dengan Amar Asyraf. Turut dibintangi oleh Azrel Ismail, Sheila Rusly, Dayana Roza, Raja Ilya dan ramai lagi.

Sinopsis Syurga Nur
Sinopsis Syurga Nur
SINOPSIS SYURGA NUR
Mengisahkan Nur lakonan Janna Nick yang kehilangan ibu bapanya dalam kemalangan jalan raya. Sejak itu, Nur dibesarkan oleh makciknya, Alin yang sering menderanya. Nur melarikan diri dari rumah dan berjumpa dengan Sarina yang menyayanginya seperti anak kandungnya. Sarina mempunyai dua orang anak lelaki, Kamil (Amar Asyraf) dan Adib (Erwin Dawson) yang tidak menyenangi kehadiran Nur dalam keluarga mereka. Selepas 9 tahun, Nur menjadi usahawan berjaya dan berjumpa semula dengan mak ciknya. Kamil mempunyai perasaan terhadap Nur tetapi dia tidak berani untuk meluahkan isi hatinya. Nur juga mula berasa Kamil menyimpan perasaan terhadapnya bila lelaki itu menolak untuk dijodohkan dengan Siti. Adakah Nur akan melarikan diri sekali lagi? Apakah Kamil akan melepaskan Nur?
Apakah kesudahan kisah Syurga Nur ini. Jangan lupa saksikan drama menarik ini di Slot Akasia TV3. Bakal disiarkan sebanyak 28 episod.

Check Also

sinopsis Drama Cucu Tauke Beras

Drama Cucu Tauke Beras

Sebuah lagi drama menarik akan disiarkan menerusi slot dahlia TV3. Drama Cucu Tauke Beras ini …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *