Breaking News
Home » Info Hiburan » Sinopsis Drama Suri Hati Mr Pilot

Sinopsis Drama Suri Hati Mr Pilot

Pelakon Dan Sinopsis Drama Suri Hati Mr Pilot. Peminat setiap pelakon Fattah Amin dan Neelofa pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan lakonan mereka setiap isnin hingga khamis jam 10 malam di Astro Ria. Mereka akan berganding dalam drama adaptasi novel karya Dyla Dyna yang juga menggunakan tajuk yang sama.

Sinopsis Drama Suri Hati Mr Pilot
Drama Suri Hati Mr Pilot di Astro Ria

SINOPSIS DRAMA SURI HATI MR PILOT
Kisah bermula dengan pertemuan Ejaz, Mr. Pilot dan Warda membuka semula lembaran kisah lama antara mereka. Peristiwa yang menyebabkan Warda dibuang keluarga atas kebodohan sendiri yang terlalu taksub dengan cinta Muslim. Getar yang hadir buat jiwa Warda dan Ejaz kalut sendiri. Ejaz diasak cemburu dengan kehadiran Daniel dan Razif yang turut menyimpan perasaan istimewa pada Warda. Akhirnya dia nekad untuk mengahwini Warda.

Perkahwinan yang terbina mula menimbulkan bibit cinta di hati mereka. Namun tika bahagia berada di puncak, Muslim kembali menuntut cinta. Inara mula menyusun rencana. Ejaz mula diburu curiga. Hubungan yang retak menanti belah akhirnya runtuh saat satu kemalangan menimpa Ejaz dan meragut pergi semua impian dan cintanya buat Warda dan dunia penerbangan. Masih adakah lagi bahagia buat mereka? Layakkah Warda menjadi suri hati buat Mr. Pilotnya? Atau akan menjadi racun berbisa pada kebahagiaan Ejaz? Saksikan kesudahan drama Suri Hati Mr Pilot di Astro Ria.

SENARAI PELAKON SURI HATI MR PILOT
Fattah Amin, Neelofa, Eleena Sui, Alvin Chong, Ben Amir, Azar Azmi, Mas Khan, Aleza Shadan, Nina Juren, Azhar Amir, Adriana Adnan, Nizen Ayob, Rahhim Omar, Fahad Iman, Eina Azman, Adrianna Qasmia, Alif Satar, Siti Nordiana.

Tayangan bermula pada 10 Oktober 2016 sebanyak 16 episod.

Check Also

Sinopsis drama dia

Sinopsis Drama Dia Di TV3 Lakonan Janna Nick dan Irwansyah

Sinopsis Drama Dia Di TV3 Lakonan Janna Nick dan Irwansyah. Peminat drama pastikan tidak ketinggalan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *