Breaking News
Home » Info Hiburan » Sinopsis Drama Suami Sebelah Rumah

Sinopsis Drama Suami Sebelah Rumah

Sinopsis Drama Suami Sebelah Rumah.Satu lagi drama yang diadaptasi dari novel bakal menemui peminat melalui slot Airis di TV3. Drama terbitan JS Pictures ini adalah arahan Jinggo dan dibintangi oleh Izzue Islam dan Ayda Jebat.  Pelakon lain yang akan terlibat adalah Zulin Aziz, Sheery Alhadad, Hanna Aqella, ben amirr.

Drama Suami Sebelah Rumah bakal bersiaran sebanyak 20 episod ini mengisahkan tentang Eryna berstatus isteri mengahwini suaminya yang tinggal di sebelah rumah. Walaupun mempunyai ikatan sah, mereka tidak hidup serumah. Demi memiliki cinta Eryna, Amar rela menerima syarat Eryna. Namun segalanya tidak seperti yang dirancangkan, timbul persaingan sengit di rumah dan di tempat kerja apabila masing-masingnya ingin memiliki cinta Amar. Sedarkah mereka hati Amar telah dimiliki Eryna? Bagaimana reaksi Eryna apabila suaminya sendiri menjadi rebutan rakan-rakannya.

sinopsis Suami Sebelah Rumah
Suami Sebelah Rumah

“Amar, sudi tak awak ambil saya jadi isteri awak? Kita kahwin. Boleh?”

Tentulah Amar sudi! Yang ajak dia menikah itu ialah Eryna, gadis idamannya. Gadis yang dicintainya sejak sekian lama! Gila nak tolak? Namun..

“Awak, saya harap kita rahsiakan dulu tentang kita dah nikah ni daripada pengetahuan orang lain di KL sana” – Eryna

 

Check Also

Miss Kapten Cikgu Waiz

Senarai Pelakon Drama Miss Kapten Cikgu Waiz

Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Miss Kapten Cikgu Waiz. Pastikan anda tidak ketinggalkan menonton drama …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *