Breaking News
Home » Info Hiburan » Sinopsis Drama Seindah Takdir Cinta

Sinopsis Drama Seindah Takdir Cinta

Sinopsis Drama Seindah Takdir Cinta. Dijangka akan mula bersiaran di Slot Akasia TV3 pada 25 Mei 2016. Drama yang akan mengandingkan pelakon hebat Amyra Rosli, Saharul Ridzwan dan Redza Rosli ini adalah dari adaptasi novel karya Kamsiah Abu.

Drama Seindah Takdir Cinta
Drama Seindah Takdir Cinta

SINOPSIS
Mia Karmila lakonan Amyra Rosli merupakan anak kepada Dato Kamal dan Datin Mariam. Dia dibesarkan dengan penuh kemewahan dan mempunyai gaya hidup yang moden dan sosial. Namun Mia Karmila mula berhijrah ke arah yang lebih baik setelah mengenali seorang pemandu teksi bernama Shahriman lakonan Saharul Ridzwan. Setelah beberapa kali bertemu, Mia Karmila dan Shahriman mulai jatuh cinta.

Mia Karmila turut diminati oleh Adrian lakonan Redza Rosli anak kepada Tan Sri Affendy dan Puan Sri Zalina. Biarpun Adrian sering didampingi oleh ramai wanita lain, Mia Karmila tetap diingininya untuk dijadikan kekasih hati. Perubahan Mia Karmila membuatkan Adrian lebih nekad untuk menjadikan gadis itu isterinya. Malah restu dari kedua belah keluarga memudahkan Adrian untuk menjadikan Mia Karmila suri di hatinya.

Biarpun hatinya berbelah bahagi, Mia Karmila terpaksa juga menerima Adrian sebagai suaminya. Lebih-lebih lagi bila lelaki itu berjaya memenuhi setiap syarat yang diletakkan olehnya. Hati Mia Karmila lebih terhiris bila mendapat tahu bahawa Shahriman menjadi antara insan yang membantu Adrian mengahwininya.

Namun ditakdirkan pula selepas diijabkabulkan, Adrian pula terpaksa dimasukkan ke hospital. Mia Karmila yang kini telah menjadi gadis yang solehah tahu akan tanggungjawabnya sebagai isteri dan setia menjaga dan menemani Adrian di hospital. Sedaya upaya Mia Karmila cuba melupakan Shahriman. Tetapi ia bukan sesuatu yang mudah kerana kerap kali dia perlu bertentang mata dengan Shahriman memandangkan lelaki itu semakin rapat dengan keluarga Adrian.

Saksikan kesudahan drama Seindah Takdir Cinta yang akan bersiaran sebanyak 28 episod bermula 25 mei ini di slot Akasia TV3. Pastikan anda tidak ketinggalan.

Check Also

Sinopsis drama dia

Sinopsis Drama Dia Di TV3 Lakonan Janna Nick dan Irwansyah

Sinopsis Drama Dia Di TV3 Lakonan Janna Nick dan Irwansyah. Peminat drama pastikan tidak ketinggalan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *