Home » Info Hiburan » Sinopsis Drama Patahnya Sebelah Sayap

Sinopsis Drama Patahnya Sebelah Sayap

Sinopsis Drama Patahnya Sebelah Sayap. Bersiaran sebanyak 15 episod dalam slot Samarinda TV3 bermula 20 september 2016 setiap isnin hingga rabu. Drama menarik ini mengandingan tiga pelakon popular iaitu Aeril Zafrel, Ummi Nazeera dan Izzue Islam.

Senarai Pelakon Patahnya Sebelah Sayap

Ummi Nazeera, Aeril Zafrel, Izzue Islam, Wawa Zainal, Putra Amaris, Syainie Shuhaimi, Zainab Othman, Normah Damansuri, Neera Azizi, Muhamad Faiz, Wan Nor Azlin, Azhar Amir, Mili, Arash Mohd, Faiz Hak, Zainab Othman

Sinopsis Drama Patahnya Sebelah Sayap
Drama Patahnya Sebelah Sayap

Sinopsis Drama Patahnya Sebelah Sayap

Drama ini mengisahkan Alisha lakonan Ummi Nazeera yang memegang watak seorang gadis kampung yang telah diberikan ujian percintaan yang berat daripada kekasihnya, Amzar lakonan Izzue Islam. Pada awalnya hubungan mereka amat baik dan harmoni kerana Alisha banyak membantu keluarga Amzar ketika Amzar sedang mencari peluang pekerjaan sebagai seorang peguam. Namun, segalanya berubah apabila Amzar lulus temuduga dan diterima untuk bekerja sebagai seorang peguam di sebuah firma guaman.

Alisha dan Amzar amat teruja apabila impian Amzar untuk menjadi peguam tercapai. Alisha membelikan Amzar pelbagai jenis kemeja agar Amzar selesa bekerja. Atas keterujaan itu, Amzar berjaya membicarakan kesnya yang pertama. Mereka berdua meraikan kejayaan Amzar di kedai makan kegemaran mereka. Amzar juga melamar Alisha dan Alisha menerima lamaran Amzar tanpa syarat dek terlalu gembira.

Selesai mereka menjamu selera, hujan pula turun dengan selebat-lebatnya. Mereka terus gegas ke kereta Alisha dan beransur pulang. Namun, kerana terlalu asyik bergurau, Amzar terlanggar sesuatu ketika mengelak kereta dari arah bertentangan. Dalam keadaan hujan yang lebat Amzar dan Alisha tidak pasti apa yang telah dilanggar mereka. Setelah Amzar turun melihat apa yang dilanggarnya, Amzar kembali masuk memandu dan memberi alasan pada Alisha bahawa mereka hanya terlanggar tong besar dan enggan memberitahu hal sebenar.

Suatu hari, terpampang di dada akhbar mengenai sebuah kes langgar lari dan Alisha yakin bahawa kes itu mempunyai kaitan dengan kejadian malam bersama Amzar. Trauma Alisha makin bertambah apabila sekumpulan anggota polis datang ke rumahnya dan menahannya. Menurut mereka, Alisha adalah suspek utama kes langgar lari yang disiarkan di media massa. Alisha akhirnya dijatuhkan hukuman penjara dua tahun di atas “kesalahannya” itu apabila Amzar yang pada mulanya berjanji akan membela Alisha menyepikan diri dan membiarkan Alisha menanggung akibatnya sendirian. Selepas dua tahun, Alisha dibebaskan dan menjadi tukang cuci di pejabat Kuzairi lakonan Aeril Zafrel suami kepada mangsa langgar lari Amzar.

Bagaimanakah kesudahan drama Patahnya Sebelah Sayap ini. Saksikan di Slot Samarinda TV3 setiap jam 10 malam hari isnin hingga rabu. Dengarkan lagu tema Hancur Aku di OST Drama Patahnya Sebelah Sayap.

Check Also

sinopsis Drama Cucu Tauke Beras

Drama Cucu Tauke Beras

Sebuah lagi drama menarik akan disiarkan menerusi slot dahlia TV3. Drama Cucu Tauke Beras ini …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *