Home » Info Hiburan » Sinopsis Drama Mr Donat Karamel Lestary TV3

Sinopsis Drama Mr Donat Karamel Lestary TV3

Sinopsis Drama Mr Donat Karamel Lestary TV3. Drama terbaru yang akan disiarkan di TV3 bertajuk Mr Donat Karamel akan mengandingkan Hafidz Roshdi dan Azira Shafinaz selaku pelakon utama. Akan mula bersiaran pada 2 November 2016 sebanyak 13 episod. Waktu siaran Rabu hingga Jumaat jam 9.00 malam. Drama ini adalah adaptasi dari novel karya Hanny Esandra yang bertajuk Mr Donut Karamel.

Sinopsis Drama Mr Donat Karamel
Mr Donat Karamel slot Lestary TV3 mengandingkan Hafidz Roshdi dan Azira Shafinaz

Senarai Pelakon Mr Donat Karamel
Hafidz Roshdi, Azira Shafinaz, Idris Khan, Fimie Don, Syazuwan Hassan DFKL, Roy Azman, Noniswara, Mona Allen, Sheila Rusly, Shamsul Ghau Ghau, Maria Jaafar, Sophia Liana

Sinopsis Drama Mr Donat Karamel
Mr Karamel Donat mengisahkan seorang novelis bernama Anggun Qairah yang berkerja sebagai penulis dan suka makan donat karamel di sebuah kafe. Di situ dia khusyuk dan tenggelam dalam dunia ciptaannya. Suatu hari dia bertemu dengan Faiq Faiqal secara tidak sengaja dalam satu kemalangan kecil yang merosakkan segala khazanah pentingnya. Cermin mata dan komputer ribanya hancur digilis kereta. Dengan rasa simpati, Faiq membantu Anggun dan menggantikan dua barang penting milik Anggun. Anggun yang rabun, tidak cam siapa lelaki yang melanggarnya.

Faiq pula sudah gila bayang. Dari seorang CEO Design Dynamic Berhad sanggup turun pangkat sebagai pelayan di Kafe Donat Karamel semata-mata kerana mahu mendekati gadis idamannya dengan menyamar sebagai Rafiqi. Rafiqi yang konon-kononnya meminati semua karya garapan Anggun. Hari demi hari hubungan mereka semakin berkembang mekar sehinggalah Zhariff, lelaki sekampung dengan Anggun, mula mengganggu hubungan mereka. Namun, hubungan mereka tetap kukuh sehinggalah hari bersejarah mereka.

Apakah kesudahan drama Mr Donat Karamel ini, tonton di slot Lestary TV3 bermula 2 November 2016.

Check Also

sinopsis Drama Cucu Tauke Beras

Drama Cucu Tauke Beras

Sebuah lagi drama menarik akan disiarkan menerusi slot dahlia TV3. Drama Cucu Tauke Beras ini …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *