Breaking News
Home » Info Hiburan » Sinopsis Drama Mencintaimu Slot Akasia TV3

Sinopsis Drama Mencintaimu Slot Akasia TV3

Sinopsis Drama Mencintaimu Slot Akasia TV3. Peminat drama pasti tidak sabar menonton drama terbaru dalam slot Akasia. Ini kerana drama yang sedang ditayangkan sekarang bakal berakhir sebelum Mencintaimu akan mengambil alih bermula 19 Ogos 2015. Bakal menampilkan pelakon hebat seperti Sharnaaz Ahmad dan pelakon baru Zahirah Macwilson serta ramai lagi.

Drama Mencintaimu akan bersiaran sebanyak 24 episod setiap Isnin hingga Khamis jam 7 malam di TV3. Jadi jangan lepaskan peluang menyaksikan drama menarik ini.

Selain Sharnaaz dan Zahirah, pelakon lain yang turut sama membintangi Mencintaimu adalah Niezam Zaidi, Sarah Anne, Sasqia Dahuri, Hafizul Kamal, Fikhree Bakar, Aleza Shadan, Musthapa Kamal, Nina Juren, Afzan A.Rahman dan Ruzana Ibrahim.

Slot Akasia TV3 Mencintaimu
Slot Akasia TV3 Mencintaimu

SINOPSIS MENCINTAIMU
Drama ini mengisahkan tentang perjalanan cinta antara Anissa dan Hisham. Anissa seorang yang bercita-cita tinggi dan mahu sambung belajar di universiti. Oleh itu, dia telah bekerja selama dua tahun untuk mengumpul duit. Namun ibunya, Juhara, tidak menyokong tindakannya kerana dia lebih suka jika Anissa berkahwin dengan lelaki pilihannya.

Akhirnya, Anissa berjaya memulakan hidup baharu sebagai seorang mahasiswi. Anissa mula menyukai Hisham secara diam-diam. Anissa selalu memerhati Hisham dan mula meluat dengan perangai Hisham yang suka berfoya-foya. Perasaan suka terhadap Hisham semakin pudar. Setelah disiasat, ibu Anissa merupakan pembantu rumah keluarga Hisham. Semenjak itu, Hisham sering merendah-rendahkan Annisa. Lama-kelamaan pergaduhan membawa kepada percintaan.

Sebenarnya, Hisham telah menyahut cabaran kawan baiknya, Helmi (Niezam Zaidi) untuk mengajak Anissa keluar. Helmi memberi tempoh satu semester kepada Hisham untuk membuatkan Anissa jatuh cinta kepadanya. Hisham mula berbaik-baik dengan Anissa. Anissa mudah lembut hati dan dia telah memaafkan Hisham yang kelihatan bersungguh-sungguh untuk berubah. Hisham dan Anissa semakin rapat. Hisham mula berubah selepas berkawan rapat dengan Anissa. Dia menjadi serius dalam pelajaran dan semakin rajin ke kelas. Kawan-kawannya sering mengejek Hisham bahawa dia telah terjatuh dalam perangkap Anissa.

Anissa dihujani dengan pelbagai dugaan. Dia telah dihalau oleh ibunya dan juga diberhentikan oleh pihak universiti. Anissa membuat keputusan untuk melarikan diri dan sambung belajar di luar negara atas pembiayaan biasiswa sebuah syarikat. Apakah sebenarnya yang berlaku? Jangan lupa tonton.

Selepas lima tahun, Anissa pulang ke tanah air dengan penampilan baru dan bekerja di syarikat keluarga Hisham. Anissa lebih matang dan lebih teliti dalam membuat keputusan. Hisham pula dibelenggu rasa bersalah selepas Anissa menghilangkan diri. Atas desakan keluarga, Hisham telah bertunang dengan Tengku Asyikin. Dia juga telah berubah menjadi seorang yang lebih baik dan bertanggungjawab. Apakah akan terjadi selepas Anissa bertemu dengan Hisham kembali?

Jangan lupa saksikan kesudahan drama ini menerusi Slot Akasia TV3 setiap jam 7 malam isnin hingga khamis.

Check Also

Miss Kapten Cikgu Waiz

Senarai Pelakon Drama Miss Kapten Cikgu Waiz

Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Miss Kapten Cikgu Waiz. Pastikan anda tidak ketinggalkan menonton drama …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *