Breaking News
Home » Info Hiburan » Sinopsis Drama Menantu Ting Tong

Sinopsis Drama Menantu Ting Tong

Sinopsis Drama Menantu Ting Tong. Kepada peminat pelakon Azrel Ismail dan Nur Ruhainies pastikan anda tidak ketinggalan menonton drama di Slot Dahlia TV3 yang bertajuk Menantu Ting Tong. Drama ini telah pun bermula siarannya pada 15 Julai 2016 iaitu pada setiap hari Jumaat hingga Ahad pukul 6.58 petang.

Menantu Ting Tong
Menantu Ting Tong

Senarai Pelakon Menantu Ting Tong
Selain Azrel Ismail dan Nur Ruhainies pelakon lain yang turut terlibat adalah Mitilda, Ben Amir, Amyza Aznan, Tash Yong, Aleza Shadan, Zarina Zainuddin, Arriff Sumbu, Ain Sufia, Amai Kamarudin, Zulkifli Mohd Salleh. Drama terbitan Enuja Production Sdn Bhd bakal bersiaran sebanyak 20 episod.

Sinopsis Menantu Ting Tong
Drama menantu ting tong ini mengisahkan tentang konflik yang berlaku antara dua buah keluarga iaitu keluarga Tuan Mazlan dan Puan Rozie serta keluarga Encik Ismail dan Puan Latifah. Dua buah keluarga yang berbeza status dan darjat serta cara kehidupan.

Keluarga Tuan Mazlan adalah dari golongan kelas atasan dan sudah terbiasa dengan kehidupan mewah manakala keluarga Encik Ismail pula dari golongan sederhana dan sangat berjimat cermat dengan perbelanjaan harian. Konflik bermula apabila Marsha anak bongsu pasangan Tuan Mazlan dan Puan Rozie telah jatuh cinta dengan Luqman anak lelaki Encik Ismail dan Puan Latifah. Puan Rozie sangat menentang keras perkahwinan mereka kerana baginya Luqman tidak layak untuk Marsha apatah lagi lepas kahwin Marsha kena tinggal bersama keluarga mertuanya . Marsha yang sudah biasa tinggal di banglo mewah yang serba lengkap kini terpaksa tinggal di kawasan perumahan kos rendah yang sangat sempit dan hanya ada satu bilik air untuk dikongsi bersama keluarga.

Apakah kesudahan drama Menantu Ting Tong ini, saksikan siaranya di Slot Dahlia TV3 setiap Jumaat hingga Ahad.

Check Also

Drama Dia Bidadariku

Sinopsis Dan Senarai Pelakon Drama Dia Bidadariku

Sinopsis Dan Senarai Pelakon Drama Dia Bidadariku. Tonton lakonan Erra Fazira, Hisyam Hamid, Norman Hakim, …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *