Breaking News
Home » Info Hiburan » Sinopsis Drama Mariam Alisa Slot Lestary TV3

Sinopsis Drama Mariam Alisa Slot Lestary TV3

Sinopsis Drama Mariam Alisa Slot Lestary TV3. Drama ini telah mula ditayangkan pada 25 Ogos 2016 dengan membariskan pelakon-pelakon baru seperti Elvina, Ben Amir, Amirul Faqeem, dan Haris. Bersiaran  setiap hari Rabu hingga Jumaat pada jam 9 malam di TV3.

Drama Mariam Alisa TV3
Drama Mariam Alisa TV3

SINOPSIS
Mengisahkan seorang gadis kampung yang cantik bernama Mariam Alisa. Mariam hanya tinggal berdua bersama ayahnya yang sudah uzur dan lumpuh. Walaupun Mariam merupakan satu-satunya anaknya, dia tetap berasa tidak selesa apabila Mariam perlu merawatnya dan menjaga kebajikannya. Oleh kerana itu, ayahnya menyuruh Mariam untuk bernikah dengan Ustaz Haiqal kerana Ustaz Haiqal sering bertandang ke rumah dan membantu Mariam. Namun sebaik mana hati Ustaz Haiqal iti, gati Mariam tidak lagi terbuka untuk mana-mana lelaki.

Demi menyara ayahnya, Mariam menjual nasi lemak di sebuah gerai di kampung. Hari-hari Mariam berlalu hampir serupa di gerai itu, sehingga Farhan seorang pemuda datang membeli nasi lemak Mariam. Pada saat itu, Farhan terpegun melihat kecantikan Mariam sehingga dunia ini bagaikan tiada bunyi lain selain deruan bayu berbisik ditelinganya.

Semenjak hari itu, Farhan sering ke gerai nasi lemak tetapi untuk bertemu dengan gadis manis itu. Mariam pula semakin berlembut hati dengan Farhan walaupun Farhan itu seorang pekak dan kelihatan seperti bukan orang berada. Hal ini kerana, Mariam sudah serik dipermainkan oleh lelaki berada. Namun Mariam tidak tahu bahawa Farhan cuma berpura-pura pekak sebagai alasan terpaku tatkala melihat kecantikan Mariam.

SENARAI PELAKON
Elvina Teylv sebagai Mariam Alisa
Ben Amir sebagai Farhan
Amirul Faqeem sebagai Ustaz Haiqal
Haris Zainuddin sebagai Fareeq
Aida Aris sebagai Datin Hayati
Roy Azman sebagai Dato Mokhtar
Nadia Aqilah sebagai Sharmin
Najua Pramlee sebagai Adila

Check Also

sinopsis dan pelakon shhh i love you

Sinopsis Dan Pelakon Drama Shhh I Love You

Sinopsis Dan Pelakon Drama Shhh I Love You. Lain macam pula tajuk drama terbaru slot …

One comment

  1. koleksi ini amat terbaik

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *