Home » Info Hiburan » Sinopsis Drama Lelaki Macam Dia

Sinopsis Drama Lelaki Macam Dia

Sinopsis Drama Lelaki Macam Dia. Satu lagi drama menarik buat tontonan peminat drama melayu yang disiarkan menerusi Astro Ria 104 dan HD 123. Drama Lelaki Macam Dia ini akan menampilkan gandingan Azrel Ismail dan Izreen Azminda selaku pelakon utama. Telah pun mula bersiaran pada 18 Julai 2016 dari hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam.

Lelaki Macam Dia
Drama Lelaki Macam Dia di Astro Ria 104 dan HD 123

Senarai Pelakon Lelaki Macam Dia
Drama ini merupakan adaptasi dari novel Mamat Muka Selenga karya Aliesha Kirana turut akan menampilkan Akhmal Nazri, Zera Hariz, Sharisa Haris, Feiyna Tajudin, Elya Miera, Natasha Elyzza, Mak Wan Latah, Zulkifli Ismail, Aleza Shadan, Sheila Mambo, Kissya Nick, Fariz Iskandar, Idris Md Diah, Syazwan Zulkifli, Ika Nabila.

Sinopsis Lelaki Macam Dia
Drama ini berkisar tentang Fahmi dan Fatihah yang tinggal berjiran. Apa sahaja yang dilakukan oleh si suara petir itu tidak kena dimata Husna. Sehingga digelar Mamat Muka Selenga kerana Husna lebih tertarik kepada bos ditempat kerjanya, Encik Aydan yang mirip pelakon Korea yang diminatinya. Lama kelamaan timbul perasaan sayang. Tetapi keduanya ego untuk mengakuinya. Segalanya berubah setelah sekembalinya Husna dari Korea setelah tamat pengajiannya. Fahmi didepannya sekarang bukanlah si Mamat Selenga yang dikenalinya dulu. Konflik mula timbul apabila mereka hampir bertunang dengan pilihan sendiri. Tetapi akhirnya bersatu kembali setelah satu kejadian lucu dikampung Fahmi.

Check Also

sinopsis Drama Cucu Tauke Beras

Drama Cucu Tauke Beras

Sebuah lagi drama menarik akan disiarkan menerusi slot dahlia TV3. Drama Cucu Tauke Beras ini …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *