Breaking News
Home » Info Hiburan » Sinopsis Drama Lara Cinta Ameena

Sinopsis Drama Lara Cinta Ameena

Sinopsis Drama Lara Cinta Ameena. Peminat drama melayu pastikan anda bersama slot Samarinda TV3 dengan drama terbaru yang mengandingkan pelakon Tiz Zaqyah dan Raja Afiq. Telah pun mula ditayangkan pada 30 November 2016 setiap Isnin hingga Rabu pukul 10 malam.

PELAKON LARA CINTA AMEENA
Drama sebanyak 15 episod terbitan Tanah Beris Film Production dibarisi oleh barisan pelakon seperti Raja Afiq, Tiz Zaqyah, Fazlina Ahmad Daud, Zarina Zainoordin, Lia Natalia, Fazren Rafi, Danish Hazriq, Wilma Muhammad, Ayuna Yusof, Wan Syafek, Jessica Kueh, Zamri, Zalfa Zin, Izzmad Harun, Ferth Jasni, Nazirul Mubin, Izzmad Harun, Ikhwan Ibrahim, Feiyna Tajudin, Mathni Razak, Iswan Ismail, Nazirul Mubin.

Sinopsis Drama Lara Cinta Ameena
Lara Cinta Ameena Slot Samarinda TV3

SINOPSIS DRAMA LARA CINTA AMEENA
Drama ini mengisahkan kisah cinta Ameena seorang anak yatim piatu dengan Radhuan seorang anak hartawan. Cinta mereka bersatu hanya seketika kerana terpisah oleh fitnah yang ditabur oleh Puan Kirana, ummi Radhuan. Ameena diceraikan lalu dia membawa diri ke Sabah.

Hidup Radhuan kosong tanpa Ameena. Hati Radhuan terpenjara dalam perkahwinan yang tidak bahagia dengan Ezaty. Di Sabah Ameena melahir dan membesarkan Jeffrey sendirian. Ameena terpaksa kembali ke Kuala Lumpur kerana Jeffrey sakit tenat. Pertemuan tak terduga dengan Ameena membuatkan Radhuan memburu cinta Ameena kembali. Ameena terpaksa mengelak kerana diperas ugut oleh bekas mertuanya. Hancur hati Radhuan yang selama ini menginginkan seorang anak, apabila mengetahui bahawa Ameena menyembunyikan anak mereka selama ini. Kebencian Radhuan membara terhadap Ameena apabila anaknya mati dipangkuannya tak sampai sejam mereka berjumpa. Ameena pergi membawa hati yang lara.

Apakah kesudahan drama Lara Cinta Ameena ini. Tonton di slot Samarinda setiap isnin hingga rabu jam 10 malam.

Check Also

Drama Dia Bidadariku

Sinopsis Dan Senarai Pelakon Drama Dia Bidadariku

Sinopsis Dan Senarai Pelakon Drama Dia Bidadariku. Tonton lakonan Erra Fazira, Hisyam Hamid, Norman Hakim, …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *