Breaking News
Home » Info Hiburan » Sinopsis Drama Lambaian Ramadan Slot Samarinda TV3

Sinopsis Drama Lambaian Ramadan Slot Samarinda TV3

Sinopsis Drama Lambaian Ramadan Slot Samarinda TV3. Membawa tema kekeluargaan pasti menjadikan drama ini menarik untuk disaksikan sepanjang 13 episod bersiaran. Telah mula bersiaran pada 31 Mei jam 10 malam setiap isnin hingga rabu. Dengan nama besar yang ditampilkan seperti Adi Putra, Elizad Sharifuddin dan Puteri Balqis tidak salah jika dikatakan anda patut tonton drama Lambaian Ramadan ini.

Lambaian Ramadan
Lambaian Ramadan

Sinopsis Drama Lambaian Ramadan
Drama ini mengisahkan tentang kehidupan rumah tangga Adam dan Shila. Pada peringkat awalnya Adam lakonan Adi Putra dan Shila lakonan Siti Elizad hidup bahagia bersama tiga orang anak mereka iaitu Iman lakonan Izz Ilham, Iskandar lakonan Muntazar Ghufran dan Nurin yang dilakonan oleh Puteri Balqis. Namun kebahagian itu tidak berkekalan bila wujudnya orang ketiga iaitu Warda lakonan Reen Rahim.

Warda berjaya menawan hati Adam dan dalam diam Adam mula curang demi untuk kepentingan perniagaannya. Namun akibat kehadiran Warda, Adam mula mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah. Dalam masa yang sama, tanpa disedari anak bongsunya, Nurin menghidap satu penyakit kronik.

Apakah kesudahan Lambaian Ramadan ini, saksikan di slot Samarinda TV3 yang akan bersiaran sebanyak 13 episod.

Check Also

Drama Dia Bidadariku

Sinopsis Dan Senarai Pelakon Drama Dia Bidadariku

Sinopsis Dan Senarai Pelakon Drama Dia Bidadariku. Tonton lakonan Erra Fazira, Hisyam Hamid, Norman Hakim, …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *