Breaking News
Home » Info Hiburan » Sinopsis Drama Kerana Anisa Slot Samarinda TV3

Sinopsis Drama Kerana Anisa Slot Samarinda TV3

Sinopsis Drama Kerana Anisa Slot Samarinda TV3. Satu lagi drama menarik akan menemui penonton di TV3 bermula 9 januari 2017. Bakal menampilkan pelakon popular antaranya Zara Zya, Mustaqim Bahadon dan Fahrin Ahmad.

Sinopsis Drama Kerana Anisa
Drama Kerana Anisa

SENARAI PELAKON

Drama Kerana Anisa ini akan bersiaran sebanyak 15 episod setiap Isnin hingga Rabu jam 10.00 malam. Turut akan menampilkan senarai pelakon lain seperti Sura Sojangi, Uqasha Senrose, Syaffiq Sahli, Aman Graseka, Ellie Suriati, Ira ghani dan Shaharudin Thamby.

SINOPSIS DRAMA KERANA ANISA
Kerana Anisa mengisahkan Anisa lakonan Zara Zya dan Syukri lakonan Mustaqim Bahadon yang berkawan baik di kampung. Anisa mempunyai impian besar dalam hidup apabila bercita-cita menjadi peguam dan meminta Syukri menjadi guru dan penguat semangatnya.

Long Yahya iaitu bapa Anisa menentang persahabatan Syukri dan Anisa. Selepas Anisa tamat menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Syukri berangkat ke London untuk menyambung pengajian namun mereka meneruskan hubungan menerusi surat. Satu hari Anisa dikejutkan dengan rombongan peminangan daripada Zahid lakonan Fahrin Ahmad. Zahid terpikat dengan kejelitaan Anisa dan menggunakan kekayaan orang tuanya untuk beli hati bapa Anisa.

Apakah kesudahan kisah Kerana Anisa ini. Saksikan di slot Samarinda TV3 bermula 9 Januari ini.

Check Also

Sinopsis drama dia

Sinopsis Drama Dia Di TV3 Lakonan Janna Nick dan Irwansyah

Sinopsis Drama Dia Di TV3 Lakonan Janna Nick dan Irwansyah. Peminat drama pastikan tidak ketinggalan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *