Home » Info Hiburan » Sinopsis Drama Jejak Karmila Slot Zehra TV3

Sinopsis Drama Jejak Karmila Slot Zehra TV3

Sinopsis Drama Jejak Karmila. Bakal muncul di TV3 dalam slot Zehra bermula pada 11 Januari 2017. Drama sebanyak 13 episod ini akan bersiaran bermula jam 9 malam Rabu hingga jumaat. Pelakon Drama Jejak Karmila terdiri dari Mia Ahmad, Fauziah Ahmad Daud, Ruhainies, Ashraf Aley dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Jejak karmila
Jejak Karmila Slot Zehra TV3

Sinopsis Drama Jejak Karmila
Berkisar tentang seorang ibu iaitu Karmila yang mempunyai dua puteri iaitu Nonie dan suraya mula terpisah dan menjadi permulaan jejak karmila. Suaminya karim suka berjudi. Akhirnya satu malam merungkai segala apabila Karmila cuba selamatkan anaknya dari dibawa lari oleh Karim untuk dilunaskan hutang judinya. Karmila dipenjarakan selepas beliau tertikam Karim tanpa sengaja ketika cuba menyelamatkan anaknya.

Anak Karmila iaitu Suraya dan Nonie ditempatkan di JKM setelah beliau dipenjarakan. Di JKM Nonie pula diambil keluarga kaya raya dan jadi adik angkat kepada Syed Haikal. Kemudian Nonie dah berganjak dewasa tidak mengenali kakak sendiri yang cintanya mula berputik dengan abangnya sendiri Syed Haikal. Nonie juga sukakan abang sendiri. Turut mengusutkan keadaan apabila ayah Syed Haikal menikahi Karmila.

Apakah kesudahannya, adakah akan bertambah kusut atau akan ada penyelesaian yang akan mengembirakan semua orang. Nantikan Jejak Karmila di Slot Zehra TV3.

NOVEL JEJAK KARMILA
Sementara anda menanti tayangan Drama Jejak Karmila, dapatkan novel adaptasi Jejak Karmila karya Nilam Syapina dan Rizalwan Ramli yang sedangan hangat dipasaran. Dengan hanya RM 27 untuk semenanjung dan RM 30 untuk Sabah/Sarawak termasak harga pos.

Boleh order serta beli atas talian atau dapatkan lebih info berkaitan novel Jejak Karmila di facebook Penerbitan Bes Q atau boleh mengenali penulisnya di facebook Nilam Syapina dan Rizalwan Ramli.

Novel Jejak Karmila
Dapatkan novel Jejak Karmila di pasaran sekarang

Jangan lupa saksikan drama Jejak Karmila bermula 11 januari 2017 di Slot Zehra TV3 setiap jam 9 malam Rabu hingga Jumaat. Semoga sinopsis drama Jejak Karmila diatas dapat menaikkan minat anda untuk menonton dan jangan lupa dapatkan novel di pasaran sekarang.

Check Also

sinopsis Drama Cucu Tauke Beras

Drama Cucu Tauke Beras

Sebuah lagi drama menarik akan disiarkan menerusi slot dahlia TV3. Drama Cucu Tauke Beras ini …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *