Breaking News
Home » Info Hiburan » Sinopsis Drama Dia Di TV3 Lakonan Janna Nick dan Irwansyah

Sinopsis Drama Dia Di TV3 Lakonan Janna Nick dan Irwansyah

Sinopsis Drama Dia Di TV3 Lakonan Janna Nick dan Irwansyah. Peminat drama pastikan tidak ketinggalan menonton yang mengandingkan pelakon dari Malaysia dan Indonesia. Drama sebanyak 60 episod ini akan membariskan ramai pelakon popular.

Sinopsis drama dia
Sinopsis drama dia lakonan barisan pelakon Malaysia dan Indonesia

Drama Dia telah mula ditayangkan pada 14 Oktober 2017 iaitu setiap hari Jumaat hingga Ahad pukul 9 malam di TV3.

SENARAI PELAKON DRAMA DIA
Irwansyah, Janna Nick, Izara Aishah, Adi Putra, Sandrinna Michelle Skornicki, Kevin Andrean, Juliana Moechtar, Aleza Shadan, Zamarul Hisham, Tatiana Sivek, Cahya Kamila, Billy Boedjanger, Emma Maembong, Farouk Hussain, Fazlina Ahmad Daud, Nonny Nadirah, Tash Yong, Taib Zamannuri, Mawar Rashid, Syaffiq Sahli, Anas Ridzuan, Rykarl Iskandar, Hefny Sahad, Nadia Brian, Ezzaty Abdullah.

SINOPSIS DRAMA DIA
Drama ini berkisar tentang Adit lakonan Irwansyah, seorang pemuda jujur dan rajin yang telah menerima surat wasiat arwah bapanya. Adit bakal mewarisi empayar perniagaan di Malaysia dan telah dipaksa berkahwin dengan anak kenalan ayahnya di Malaysia. Biarpun Adit sudah punya pilihan hati, tetapi dia terpaksa akur dengan keputusan ayahnya demi mereliasikan impian ayahnya itu.

Adit telah dijodohkan dengan Emelda lakonan Izara Aishah, walaupun Adit sebenarnya amat mencintai Aira lakonan Janna Nick. Oleh kerana patah hati, Aira telah membawa diri ke tempat lain dan bekerja sebagai seorang penulis.

Adit berusaha untuk menjaga dan memberi kasih sayang kepada Emelda dengan sepenuh hati. Namun, jodohnya dengan Emelda tidak berpanjangan apabila isterinya itu meninggal dunia ketika melahirkan bayi sulung mereka yang diberi nama Icha Aulia lakonan Sandrinna Michelle Skornicki.

Pada masa yang sama, Adit harus berdepan ujian untuk merapatkan hubungan Icha dengan keluarga arwah isterinya. Konflik bertambah apabila Adit bertemu semula dengan Aira, wanita yang pernah dicintainya sebelum dia membina rumahtangga bersama Emelda. Namun Aira kini rapat dengan Zaid lakonan Adi Putra yang telah lama mendambakan cinta Aira.

Bagaimanakah kesudahan drama Dia ini. Apakah impian cinta Adit akan kesampaian. Adakah Aira akan kembali menyambung semula kisah cinta yang terputus dahulu?

Check Also

Meh Sandar Lagi

Drama Meh Sandar Lagi Drama Terbaru Slot Akasia TV3

Drama Meh Sandar Lagi Drama Terbaru Slot Akasia TV3. Peminat drama melayu terutama slot akasia …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *