Breaking News
Home » Info Hiburan » Sinopsis Drama Bila Hati Berbicara

Sinopsis Drama Bila Hati Berbicara

Sinopsis Drama Bila Hati Berbicara | Mungkin ramai yang telah menonton drama yang siaran dalam slot akasia di TV3 yang bertajuk Bila Hati Berbicara. Drama melayu ini membariskan pelakon seperti Syafiq Kyle, Atikah Suhaime, Azwan Kombos dan ramai lagi.
Drama Bila Hati Berbicara ini telah pun mula bersiaran sejak 28 Oktober 2014 pada setiap isnin hingga khamis jam 7.00 petang. Drama ini diadaptasi dari novel Antasya Balkis yang turut menjadi judul drama ini. Berikut adalah sinopsis drama Bila Hati Berbicara.
sinopsis drama bila hati berbicara
Drama adaptasi dari novel Bila Hati Berbicara

 
SINOPSIS BILA HATI BERBICARA

Mengisahkan tentang percintaan Emir Qasya lakonan Syafiq Kyle seorang pemaju tanah manakala Tania Katsura lakonan Atikah Suhaime pula seorang gadis biasa yang tinggal di kawasan rumah setinggan dan tidak bekerjaya. Kisah bermula apabila Emir Qasya cuba untuk membeli tanah dirumah setinggan tempat Tania tinggal untuk dimajukan. Namun, Emir Qasya mendapat kecaman hebat daripada penduduk setinggan berkenaan yang juga diketuai oleh seorang gadis iaitu Tania Katsura. Bagaimanapun, Emir Qasya menggunakan taktik licik apabila cuba menawarkan Tania pekerjaan demi memujuk penduduk untuk menjual tanah dikawasan berkenaan.
Setelah mengenali Tania,  Emir telah jatuh cinta terhadap Tania namun enggan meluahkan perasaan tersebut kerana bimbang akan perbezaan darjat. Bagaimanapun, Emir cuba memperkenalkan Tania kepada pembantu peribadinya iaitu Badri Fathul (Hafreez Adam). Badri pada pandangan kali pertama tertarik dengan Tania dan cuba menawan hati Tania. Bagaimanapun, Emir berasa tercabar dan cuba memikat hati Tania semula. Akhinya, Tania pun telah bersetuju untuk melangsungkan perkahwinan dengan Emir.
Namun, sesuatu telah berlaku dalam perkahwinan mereka kerana fitnah dan dendam Taufik (Azwan Kombos) terhadap Tania Katsura. Taufik berdendam kerana tidak dapat memiliki Tania. Bekas teman wanita Emir, Babe (Raja Ilya) juga berpakat dengan Taufik untuk merosakkan hubungan Emir dan Tania. Apakah yang akan terjadi kepada Emir dan Tania? Adakah kasih sayang dapat menyatukan cinta Emir kepada Tania?

Check Also

Miss Kapten Cikgu Waiz

Senarai Pelakon Drama Miss Kapten Cikgu Waiz

Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Miss Kapten Cikgu Waiz. Pastikan anda tidak ketinggalkan menonton drama …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *