Breaking News
Home » Info Hiburan » Sinopsis Drama Alaa Bib Slot Iris Tv3

Sinopsis Drama Alaa Bib Slot Iris Tv3

Sinopsis Drama Alaa Bib Slot Iris Tv3. Drama menarik lakonan pelakon hebat dan popular seperti Nur Risteena Munim, Atikah Suhaime, Ammar Titan, Iqram Dinzly dan Syafiq Kyle yang bersiaran setiap isnin hingga khamis jam 6.30 petang sejak 12 oktober lalu.

Drama Alaa Bib Slot Iris Tv3
Drama Alaa Bib Slot Iris Tv3

SINOPSIS ALAA BIB
Mengisahkan tentang Bibah lakonan Risteena Munim atau lebih dikenali sebagai Bib seorang gadis kampung yang naif dan lucu sering membina impian untuk menjadi kaya. Walaupun telah dinasihati oleh ibunya supaya menerima sahaja pekerjaan yang sedia ada tetapi kedegilan Bibah untuk menginginkan perkerjaan yang boleh memberikannya gaji yang lumayan menyebabkan dia terus menganggur.

Bib dicintai oleh Lokman, seorang lelaki kampung yang bekerja sebagai pemandu lori. Walau bagaimanapun Lokman tidak menepati ciri-ciri lelaki impian Bib. Secara kebetulan Bib bertemu dengan peminatnya sewaktu darjah satu bernama Mikail. Namun pertemuan yang tidak disengajakan itu telah mencetuskan pergaduhan demi pergaduhan. Bib akhirnya meminta bantuan Mikail untuk mengenalkannya dengan mana-mana kawan Mikail yang berstatus kaya dan bujang. Mikail kemudian memperkenalkan Bib dengan Joeran.

Apakah kesudahan kisah hidup dan impian Bib selepas bertemu Joeran? Saksikan drama yang akan disiarkan sebanyak 20 episod di slot slot iris tv3

Check Also

Drama Dia Bidadariku

Sinopsis Dan Senarai Pelakon Drama Dia Bidadariku

Sinopsis Dan Senarai Pelakon Drama Dia Bidadariku. Tonton lakonan Erra Fazira, Hisyam Hamid, Norman Hakim, …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *